20 March 2011

Mengapa mesti pelik melihat kami kegembiraan walau sudah kalah?

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Masih lagi tidak lupa mendoakan insan yang sedang membaca laman ini berada dalam keadaan sihat sejahtera.. :)

Sengal. Bukan sengal di otak tapi sengal di sendi badan. Andai sengal di otak, sudah tentu Hospital Bahagia jawabnya. Gelak guling-guling dan geleng kepala sendirian. Pengguna tegar otak kanan suka amat berimaginasi. Memang ini hadiahnya jika terlalu 'rajin' bersukan. Kurang meregangkan otot di badan. Terasa kembang-kembang urat. Padan dengan muka sendiri. Culas semasa sesi panaskan badan (sila baca : warming up).

Oh, ada tiga kumpulan yang harus ditentang semalam. Saya memang kurang cekap bermain bola jaring. Hanya mantap di gelanggang hoki. Jangan pelik mengapa si kenit ini bisa mengasak kayu hoki. Sudah terlatih sejak di bangku sekolah mungkin. Jika bola jaring, mungkin si kenit ini mampu membantu dengan aksi lincah sahaja. Gelak guling-guling lagi. Terkenang peristiwa semalam. Mengasak ala-ala lipas terbang tapi bola terlepas genggam.

Kami begitu banyak dibuli semalam. Mungkin terlalu manja bunyi nya. Terlalu banyak konspirasi yang seolah mahu menjatuhkan. Sila baca entri semalam di sini. Oh, tidak mengapa. Sedikit terubat bila pasukan lelaki bisa merangkul johan dua acara ; futsal dan bola tampar. Hanya kalah dalam bola jaring. Yang si gadis ; bola tampar dan sukaneka dapat tempat kedua. Syukur. Itu sudah lebih dari cukup. Selesai sahaja acara, segera mengejar kamera. Mahu ada foto kenangan. Kami tertawa kegembiraan. Biar kalah lawan, asal menang bergaya. Eceh. Senyum kembang.

Begitu tersentuh, melihat semangat setia kawan. Tersentuh dengan kerja berpasukan. Teman-teman tetap senyum walau kalah. Main untuk hilangkan stress mentelaah ilmiah. Bukan lagi mahu menambah tekanan dengan asakan lawan. Banyak mata-mata yang memandang. Pelik. Mengapa mesti pelik melihat kami kegembiraan walaupun kalah? Jika anda fikir dengan menjalankan konspirasi untuk menjatuhkan kami, anda mampu membuat kami rebah menyembah, maka anda salah! Kami punya alasan kekuatan kami sendiri. Tidak pernah kecewa andai kami kalah, tapi kecewa mengapa anda mahu berkerjasama dalam menjatuhkan saudara sendiri. Saya begitu sayang ukhuwah ini. Sayang yang tidak bisa diungkap. Jiwang karat sebentar. Sedikit gambar kami kegembiraan. Wink!

(1 : Masih lagi segar-bugar di awal permainan)

(2 : Berehat selepas lesu diasak pasukan lawan pertama)

(3 : Lihat. Kami ceria bukan)

p/s : Jika anda rasa konspirasi bisa menjatuhkan, telahan anda silap. Bagi yang matang, konspirasi mampu menjadi kekuatan. Sila berfikir frasa ini dengan otak kanan. Imaginasi buah fikiran.

2 comments:

iqa_chan said...

yeahhh! go for it~~

walaupun kalah , kita ttp ceria! YES

nk jatuhkan, silakanlah. saudara seagama sendiri kot..yg penting have fun!

nusrah said...

iqa ~ hikhik...
jump jump..happy even we lost d game
wink !