15 March 2011

virus pengaturcaraan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
Tidak pernah lupa mendoakan sesiapa sahaja yg menjengah ke laman ini sentiasa dalam rahmat Allah.. ;)

~Lagi 30 minit jarum itu menunjukkan jam 4~

Haru-biru. Masih lagi bak lipas kudung menyiapkan tugasan akhir. Teman sekumpulan mula resah. Saya juga turut sama gelisah. Teman sekumpulan nampak tegang urat kepala. Saya pula rasa bimbang berganda-ganda.

(cuba tenang dan hati rasa lapang)

Sesak. Tarik nafas dan hembus. Cuba mencari nafas yang lebih panjang. Tidak mahu tragedi tugasan pertama berulang. Masing-masing hanya tidur 1 jam gara-gara menyiapkan tugasan. Ruang yang luas dirasakan sempit. Masa yang banyak dirasakan sedikit.

A: Bila Nusrah nak 'Screenshot Website' ni?
(A gemar membuat muka sarkastik begitu. Senyum tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.)

Saya : Bila A sudah siap baru saya ambil.

B : InsyaAllah sudah hampir siap tu A.
(B sentiasa melafazkan kalimah insyaAllah siap, tanda motivasi untuk dirinya sendiri. Kami turut terkena tempias positifnya)

C : Cepatlah tamat tugasan ni.
(Kasihan melihat C yang terkena jangkitan selesama dan 'virus' tugasan)

(teman mencerminkan diri kita. Jika teman tidak
berkira dalam kerja, mengapa mesti kita pula?)

Oh, masing-masing dengan gaya tersendiri bila terkena virus pengaturcaraan (sila baca 'programming). Begitu juga saya. Otak dirasakan tiga suku sekarang. Bakal menghuni Hospital Bahagia jika terus dibiarkan. Istighfar panjang. Inilah masalah pengguna tegar otak kanan. Terlalu jauh berimaginasi. Senyum dan geleng kepala sendiri. Kedudukan otak tiga suku langsung diperbetulkan. Terus melarikan jari-jemari di papan kekunci.

(Ketahuilah dengan ingat Allah, hati jadi tenang)

Hati : Dapat berita baik dan buruk sekali das. Tidak mengapa. Mahu dua perkara sekaligus? Jadi hamba jangan tamak. Bukan semua perkara kita mahu akan dapat. Itu sudah lebih dari had. Syukur.

p/s : Berita baik : Tarikh akhir tugasan virus pengatucaraan ditangguhkan ke minggu hadapan (oh, lompat tinggi tinggi. Keriangan). Berita buruk : Markah ujian tidak mencapai sasaran. (Perlu syukur dan redha)









No comments: