11 March 2011

Eh, awak dah ada ehem ehem??

Assalamualaikum warahmatullah..
semoga sesiapa sahaja yang sedang atau telah melalukan tetikus mereka di laman ini sentiasa dalam rahmat Allah ;)

Saya masih lagi tegar berdiri di ruang ini. Saya perlu tegar kerana saya bukan dilahirkan untuk tidak amanah. Siapa lagi yang mahu tegarkan saya, jika bukan hati saya sendiri. Ya, saya perlu tegar (lebih tegas).

Sudah lama diperap kisah ini dalam kamus hidup (hidup pun ada kamus ke??). Saya memang suka memerap cerita kerana menyusahkan orang lain dengan cerita remeh-temeh, itu bukan saya (maaf jika ada yang terasa, kerana saya adalah saya). Tarik nafas dan hembus. Bukan mengeluh tapi saya rasa sesak untuk bercerita, takut ada insan yang terluka. Terluka mungkin terlalu parah. Mungkin lebih tepat dengan terasa. Ya, terasa dengan entri ini, lebih sakit -- terasa dengan saya.

Ramai teman sekeliling kerap mengajukan tanda tanya.

"Awak dah berpunya?"
"Eh, awak dah ada ehem ehem??"
"Muka cam awak ni, takkan xde pakwe lagi kot.." (yang ini bukan tanda tanya, tapi andaian sarkastik)



(Setiap manusia itu Allah ciptakan berpasang-pasangan.
Makhluk sehalus kromosom pun ada, inikan lagi manusia)


Dan selalunya akan muncullah ayat-ayat yang sama. Bagi saya lebih kurang sama maksudnya.

"Tu la, spe suruh jual mahal sangat"
"Jangan jual mahal sangat awak, nanti sorang pun taknak ngan awak."

Jual mahal? Siapa saya nak meletakkan harga terlalu tinggi. Hanya insan biasa yang masih bertatih mencari makna hidup. Bukan jual mahal kisahnya, tapi saya belum bersedia. Tak perlu diterangkan bersedia untuk apa. Kerana anda sendiri sudah tahu yang selanjutnya. Ya, saya memang belum bersedia. Belum bersedia menjadi 'soulmate' seorang lelaki. Belum bersedia menjadi seorang ibu. (erkkk?? terlalu jauh nampaknya)


(Antara doa yang bagus diamalkan)

Jodoh kan perlu dicari, takkan nak tunggu putera kayangan turun. (sekali lagi sarkastik) Ya. Memang. Memang perlu dicari jodoh itu. Lebih tepat, memang perlu berusaha mencari 'soulmate' sendiri. Namun bagi saya, jika belum bersedia baik jangan. Jangan cuba menjebakkan diri. Baik anda fikirkan perkara yang lebih berfaedah. Namun, jika sudah bersedia carilah dengan cara lurus. Berminat?Teruslah suarakan hasrat. Malas mengulas panjang. Risau terbabas. Anda boleh cari artikel atau buku yang lebih baik dalam bab khitbah. Pinanglah dengan cara Islam, sebelum anda tenggelam. Tenggelam dengan bisikan syaitan. (terlalu puitis mungkin, maaf terlajak membaca bahasa pengaturcaraan)


(Sudah tahu siapa temanmu di syurga?Segera berjumpa walinya)


p/s : tangan masih lagi galak menekan papan kekunci. Demam 'Final Project'



3 comments:

... said...

assalam.

khitbah maksudnya?

dan betul, kalau dah ada pilihan, x perlu nak tunggu2 lagi.. tunggu apa kan? kalau dah Allah rezekikan jodoh di awal usia, xbaik dilengah2kan sbb dlm Islam, kahwin dan membina baitul muslim merupakan salah sebahagian drpd tanggungjawab kita sbg umat Islam. kan?

ukhti, kalau ana ada tersilap kefahaman, tolong betulkan ya. ana xnak terus menerus ngan ilmu yg sesat/tidak betul. shukran.

WAllahua'lam

Liana

nusrah said...

@Liana
Maaf terlewat balas,tidak perasan ada komen di entri ini.

khitbah tu maksudnya peminangan.

Sebagai contoh : seorang lelaki yang menyatakan hasrat dengan wali si gadis untuk melamarnya sebagai suri.

betul la Liana cakap tu, kalau sudah ada pilihan, mintalah orang tengah untuk menjalankan. (sama ada wali pasangan itu sendiri atau kaum kerabat terdekat, atau sahabat handai)

Tak elok tangguh2,takut langkah syaitan lebih mendahului. (Kalau ini, selalu zina lah jawabnya)

eh, taip..bukan cakap..heeeee ;)

Harapnya jawapan ini mendukung agama, bukan lagi menjatuhkan agama.

Wallahua'lam

... said...

shukran menjawab dgn detail.. bagus penerangan yg diberi.. =)

salam syg fillah!