13 March 2011

Saya tidak berkira, awak pun jangan berkira.

Assalamualaikum warahmatullah..
Semoga mana-mana insan yang sedang membaca laman ini sentiasa dalam rahmat Allah ;)

Tengah malam. Hati tidak kuasa melayan kantuk. Masih lagi gila mengadap makhluk berpetak ini. Menekan papan kekunci yang semakin bertukar warna. Terlalu lama terbiar dicemari habuk. Biarkan dahulu. Lebih gila menghadap tugasan penting. Makhluk kecil itu galak memutar roda biru. Bising. Pedulikan. Alat itu dilekapkan ke telinga. Saya tidak mahu mendengar bunyi lain selain alunan muzik ini.

Alhamdulillah tugasan berat ini hampir ke noktahnya. Saya penat. Rakan sekumpulan juga merasa perkara yang sama. Saya sakit mata menahan ngantuk. Rakan sekumpulan juga merasa perkara yang sama. Saya pusing memikir ayat. Rakan sekumpulan pusing memikir bahasa. Saya memikir ayat ulasan. Mereka pula memikir bahasa pengaturcaraan. Saya suka berkerjasama dengan mereka yang tidak suka berkira dan saya juga tidak suka berkira. Berkira sebanyak mana kerja. Saya kira itu perkara mulia, mungkin tidak bagi anda. Bagi anda yang terlalu berkira kerja. Maaf mungkin ada yang terasa.

Sudah hampir seminggu, waktu malam saya bukan di kamar sendiri. Sudah berjanji pada rakan sekumpulan melakukan tugasan di kolej seorang teman, walau ada makhluk kecil yang menakutkan di situ (oh,cik siti!kenapa anda harus melawat kami di pagi hari). Jika tugasan sebelum ini, teman itu kerap ke sini. Melakukan tugasan hingga bulan tegak di awan (terlalu puitis mungkin, pedulikan) Jadi, mengapa saya tidak bisa? Mengapa saya mahu berkira? Dan esok, teman itu pula ke mari. Menjengah di kamar ini pula. Menyambung tugasan yang semakin ke noktahnya.

A : Esok saya mari bilik Kak B.
B : Boleh. Teman sebilik tiada. Lagi mudah siapkan kerja.

(Kami sering kuatir nada suara mencapai tahap tertinggi ketika sesi perbincangan. Nanti teman sebilik rasa kurang aman)

A : hmmm (tersenyum senang)
B : Eh, bilik Nusrah pun boleh.
Saya : Ha, jom! Bilik saya esok.

(Jadi kami angguk tanda setuju. Esok bilik saya destinasinya)




Memang mudah berkerja dengan insan yang tidak berkira dan anda mesti tidak berkira juga. Jangan mahu 'jual-ikan' dalam hidup. Don't be selfish if u want other person do respect you. Oh, sekarang makhluk kelabu pula galak memutar roda ungu.

p/s : merasa lega longgokan baju berjaya dicuci. wink!


No comments: