10 March 2011

maaf kan sy..sy hanya insan biasa

Assalamualaikum warahmatullah..
semoga sesiapa sahaja yg datang menjengah ke laman ini sentiasa di bawah kasih sayang Allah..

Dua minggu lepas, gara-gara respon yang kak long berikan ketika saya berbual dengannya (sy hanya berbual di talian Celcom), saya melancarkan mogok secara senyap. Langsung menekan punat merah (means that i have off my phone) dan terus tidak berhubung dengannya lagi. Saya memang selalu sentap dengan kak long dan kak long yang akan mengalah. Maafkan adikmu yg sorang ini.

Semua kerana saya rasakan cita-cita saya dihalang padahal saya tau bukan itu niatnya yang sebenar. Dia mungkin sekadar menasihati, tapi disebabkan tersalah susun struktur ayat mungkin, saya jadi marah tahap gunung merapi. Maafkan adikmu yang sorang ini. (cam hari raya la plak kan??eh, takkan nak tgu raya bru mntak maap. Ape da..)

Bila ummi pula yang menelefon (esok paginye), hati saya kembali sejuk. Tak tahu ape jampi yang ummi guna. (nak mintak petua ummi bleh? nti senang nak pujuk spe2 yg kaki merajok.Eceh...) Maklumlah ummi lebih banyak makan garam, udah paham bebeno perangai busuk anaknye yang seorang ini.

Memang saya sebegini, agak sukar menyimpan dendam dalam hati. Macam la kite bagus sgt en, nak dendam2 ngan orang nih. Anyway, i can behave myself right now, can't be too sensitive if i wanna have a cool life. I must seek to understand than to be understood by others.

p/s : jangan biasakan diri dengan merungut..
klu kita dah selalu sgt merungut,kita akan merasa betapa bosan & sia-sianya hidup nih..chill !! :)
(salin dan tampal phrase sdiri di fb)

No comments: