22 March 2011

Gadis lemah-lembut bukan semestinya mudah jadi bebal

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh..
Tidak pernah melupakan siapa pun yang sedang berada di laman ini sentiasa dalam rahmat Allah :)

Alhamdulillah. Demam tugasan pertama sudah ampuh. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Rasa lega. Lega bila tugasan pertama dapat dilunaskan walau ia kurang sempurna. Tidak mengapa. Sudah mencuba yang terbaik. Senyum lega lagi. Mengharapkan natijah yang terbaik juga.

Ramai teman yang terkesima dan tertanya-tanya, mengapa saya terlalu garang dan sinis ketika sesi temuduga tadi. Bukan saya yang menghadiri temuduga tapi saya si gadis pentemuduga (eh, betul ke ayat nih?). Lembut tapi sarkastik. Itu ayat yang keluar dari bicara teman. Ketawa bergulingan. Oh, lupa mahu diceritakan, saya perlu menjalankan sesi temuduga bagi mencari tunas baru. Tunas yang bakal membantu adik-adik junior yang akan masuk. Bagaimana saya pula? Angkat kening dan tanya sama hati. Oh ya, saya mahu pencen. Senyum dan angguk. Yakin.

(Hati kebal bukan hati yang penuh dendam
amarah tapi hati yang penuh dengan nilai tabah)

Bukan saya yang mahu diri saya terlalu sinis. Tapi saya cuba melatih hati untuk jadi kebal. Jika tidak sudah tentu saya sudah gelak bergulingan mendengar jawapan si calon temuduga. Jawapan yang cukup kuat untuk menggeletek perut saya. Haila, entah. Saya cuba latih hati jadi kebal agar tidak mudah ditipu. Saya cuba latih hati jadi kebal agar tidak senang dibuli (Tapi saya masih juga dibuli =.=). Saya cuba latih hati jadi kebal agar tidak termakan dengan rayuan si lelaki hati plastik (errrkkkk...). Teringat kata-kata sinis yang diberi pada seorang teman. Maaf, respon yang diberi sedikit kasar tapi saya terpaksa. Tidak mahu melihat teman terlalu hanyut dengan emosi. Gara-gara manusia bernama lelaki.

(Bukan saya menolak fitrah manusia.
Saya hanya mahu yang ikhlas menghuni jiwa.
Yang ikhlas membimbing ke syurga)

Teman : Saya redha.
Saya : Memang awak perlu. Hati kena kuat. Inilah masa untuk mencari semula hati yang dekat dengan Allah.
Teman : Saya harap dia tidak datang mencari saya lagi.
Saya : Itu sebab saya suruh hati kuat. Jika dia datang lagi, mengapa perlu dilayan emosi? Bukan seorang sahaja manusia bernama lelaki.
Teman : Cakap memang senang.
Saya : Awak ingat awak seorang sahaja yang malang?
Teman : Eh, awak pun?!
Saya : (Senyum sendirian) Itu lah sebab awak selalu jatuh tersungkur. Sebab awak rasa awak seorang sahaja yang sudah gugur. Bukan awak seorang sahaja yang ada masalah.
Teman : Saya cuba kuat.
Saya : Bukan cuba tapi mesti. Pohon pinjam kekuatan dengan Allah. Cari balik kepingan hati yang tercicir ketika kita jauh dengan Allah.

(Allah masih sayang.
Tidak mahu kita hanyut dengan cinta dunia.)

p/s : Jangan pandang sebelah mata dengan gadis lemah-lembut. Gadis lemah-lembut bukan semestinya mudah jadi bebal. Cuba latih hati sendiri untuk jadi lebih kebal. Nanti tidak mudah dipermainkan lelaki nakal.

No comments: