25 March 2011

Adakala Kita Perlu Waktu Bersendirian



Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..
Kalimah salam yang juga doa sebagai pembuka kalam. Tidak pernah lupa mendoakan dalam keadaan sihat dan dirahmati.

Termenung seketika selepas solat dhuha. Tadi lewat bangun subuh. Rasa macam mahu hantuk kepala di dinding. Mengapa masih gagal bangun dan jalankan tanggungjawab hamba? Bukan kah sudah ada alat penggera. Salahkan telinga sendiri yang seolah-olah hilang kuasa. Hilang kuasa untuk mendengar. Tidur dirasakan lebih tegar. Istighfar.

(Hubungan dengan Allah perlu dijaga. Solat 5 kali sehari, di awal waktu)

Usai menghantar alat pencetak (sila baca : printer) ke bilik teman, langsung ke surau. Geleng kepala sendirian. Cukup pandai mengelat jika pemeriksaan mengejut (sila baca : spotcheck) mahu dijalankan. Habis semua barang elektrik di sumbat dalam beg tarik besar itu. Tidak salah membawa barang elektrik ke kolej kediaman, tapi mesti didaftarkan. Dan satu kesilapan saya, gagal berbuat demikian pada semester ini. Salahkan diri sendiri yang culas.

Sudah lama tidak mencari ketenangan di ruang ini-surau. Tarik nafas lega. Masih punya waktu melandaikan kaki di sini. Bila sesak dengan urusan dan amanah, adakala kita perlu waktu bersendirian. Bila seolah tidak cukup nafas menanggung masalah dan manusia punya karenah, adakala kita perlu waktu bersendirian.

(Kita sebenarnya bukan bersendirian, kerana Allah sentiasa ada meneman)

Bukan dan bukan. Bukan mahu memencilkan diri dengan sekalian alam, tapi mahu berfikir dalam. Bila bersendirian di ruang yang sunyi dan aman, wujud rasa ada Tuhan. Bukan maksudnya selama ini tidak merasa ada Tuhan, tapi bila bersendirian rasa dekat dengan Tuhan.

p/s : anda juga perlu waktu bersendirian. Waktu yang bisa meneutralkan cas dalam diri. Duduk dan fikir sendirian, muhasabah kembali nilai diri. :)




4 comments:

safurara said...

lama tak bc entry yg boleh menyentuh jiwa mcm ni,nice. =)

nusrah said...

@safura zahari

tanx sudi baca..
jemput datang laman saya lagi ;)

khalila ishak said...

nak share bole ka??
huhu

nusrah said...

boleh2..hikhik ;)
eh makan ap td ???