23 November 2010

Sedepa keikhlasan..

assalamualaikum warahmatullah..
semoga siapa pun insan yg sedang membaca blog ini sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera...insyaAllah

Sudah terlalu lama tidak menjejakkan kaki ke laman ini. Terlalu sibuk dengan hal-hal yang lebih penting mungkin. Semoga kerja-kerja yang telah dilunaskan semasa menguruskan hal-hal penting itu diredhai Allah. Secara fizikalnya, mungkin ia kedengaran cukup janggal tatkala meminta supaya Allah meredhai hal-hal yang tidak berkaitan secara langsung dengan saham akhirat. Namun, bisikan hati sekali lagi mengingatkan, kita tidak tahu mana satu amalan kita yang diterima Allah. Mungkin amalan solat kita kurang sempurna tapi yang akan menutup kekurangan itu adalah amalan kebajikan kita. Mungkin saja keikhlasan kita menolong si buta melintas jalan, amalan itu yang diterima. Simple tapi diterima. Keikhlasan dan keredhaan, itu yang penting. Dengan cara begitu, saya sentiasa mendidik hati agar sentiasa ikhlas. Kadang-kala betapa sukar keikhlasan itu dipupuk. Kebiasaannya, keluhan mendahulukan tertib kerja. Haisshh..serasa mahu mengulang semula saat itu agar keluhan itu dapat ditarik semula. Di mana keikhlasan andai keluhan yang datang menjengah dahulu? Adakah keikhlasan itu hanya sedepa nilaiannya? Atau mungkin sekoyan? Hakikatnya, keikhlasan dalam amalan itu, hanya Allah sahaja yang berhak menilai. Di mana ada keikhlasan, di situ ada keredhaan kerana dengan keikhlasan barulah masyukk amalan kita untuk Allah redhai... =)

p/s ~ ikhlas-ikhlas kan diri dalam beramal.

No comments: