07 September 2010

. : syukran ummi - bagi peluang dapat pahala : .

"astaghfirullah, salah la pulak.." sayup-sayup kedengaran suara ummi dari ruang menjahitnya. Ketika itu aku sedang leka sendirian di dapur. "Ni mesti kes salah jahit ni", getusku sendirian. Kasihan ummi. Kepenatan. Sejak pagi tadi lagi kedengaran mesin jahit ummi yang ligat berpusing rodanya. Jam kini hampir ke angka 12 tengah malam. Nampaknya sudah seharian suntuk ummi menjahit baju milik anak teman sekerja ayah. Azamnya untuk menyiapkan baju melayu itu begitu utuh.

"Kenapa ummi?" soalku seperti ingin membantu gamaknya walaupun tangan ini cukup 'lembut' untuk menjahit. Maklumla, pijak mesin jahit pun takut. Adoiyai...(simpan ea rahsia ni, malu taw). "Ummi dah tersalah ukur, lepas tu seluar ni jadi singkat. Bila dah siap pasang semua, baru ummi perasan", luah ummiku. "Alamak,ni kes berat nih. Sampai dah siap semua baru perasan tersilap."bicaraku dalam hati. "Ummi dah tak larat ni." serasa ingin mengalir cecair jernih ini tatkala ummi berbicara sedemikian. Tambah-tambah lagi bila mengenangkan masa seharian ummi yang banyak dihabiskan di situ. Pendek kata, penat lelah ummi semua dari situ juga. Dari ruang menjahit itu. "Tak pe la, ummi pergi rehat dulu ke, jahitan yang salah ni biar Nusrah bukak kejap." harap cadanganku ini mampu membantu ummi walaupun hakikatnya aku tidak mampu membantu 100%. Tangan ini langsung mencapai pembuka jahitan. Jahitan pada baju ini perlu direntas segera. Dan langkah ummi menuju ke bilik air. Berwuduk. Mungkin ingin meluahkan segala yang terbuku di hati ketika sujud. Hanya itu yang ummi mampu lakukan untuk menenangkan hatinya selain mentadabbur Alquran. Patutlah ummi begitu tabah. Begitu kuat hubunganya dengan ALLAH.

Terasa tenang bila dapat membantu mengurangkan beban ummi. Terima kasih ummi, bagi peluang Nusrah buat pahala dalam bulan Ramadhan ni. Lagu ni Nusrah titipkan khas buat ummi. Semoga limpahan kasih sayang ALLAH tak putus-putus buat ummi. Sayang ummi sangat2. (^_^)

video

No comments: