05 September 2010

pliz choose ur colour..

assalamualaikum warahmatullah.. =)

dah jawab salam??
so, lets spread d salam araound us..





hari ni saya nak share pasal warna. saya suka warna hitam. hitam itu nampak kemas dan elegan. namun seringkali orang menyifatkan hitam itu sinonim dengan kegelapan. Adakah itu bermaksud hidup saya penuh dengan kegelapan? nauzubillah,takutnye.. Dalam waktu yang sama, saya juga suka warna putih. Dan adakah kehidupan saya juga sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang indah. Maklumlah putih itu lambang bersih dan suci. Mesti sesuatu yang sinonim dengan putih ini ialah mende-mende yang indah kan. Tak gitu tawan-tawan?? Best friend saya pula suka warna hijau. Dia seorang yang cintakan ketenangan dan dia juga seorang yang tenang tingkah lakunya. Dan hijau itu sinonim dengan ketenangan dan ia juga warna alam. Tu sebab pakar psikologi atau mana-mana pakar motivasi menyarankan kita berinteraksi dengan alam jika kita mengalami stress. Berinteraksi tu bukan bermaksud kita bercakap sorang-sorang dengan pokok taw.ngeh3.. Kita boleh selalu luangkan masa menghirup udara segar di taman yang dipenuhi tumbuhan hijau. Kita boleh juga selalu luangkan masa terlibat dengan aktiviti jungle trakking. Ahha..tu la maksud berinteraksi. Opps..dah jauh melencong. Actually, sy bukan nak cerita pasal warna kegemaran dan sifat peribadi yang melambangkan penggemarnya. Tetapi saya nak kaitkan warna itu dengan kehidupan kita.

Siapa yang suka mewarna?? Angkat tangan tinggi2.. Nampaknye saya sorang je yang angkat tangan. Yup, its true. Saya memang suka mewarna. Cuba kenang kembali saat-saat kita dilatih untuk melukis dan mewarna masa zaman kanak-kanak ribena dulu. Kita akan dibekalkan dengan helaian kertas putih. Ada kertas putih yang kosong dan ada juga kertas putih yang sudah siap bercorak. Dan kita juga dibekalkan dengan pelbagai pilihan warna. Ada crayon, ada magic pen, ada warna air dan yang paling famous warna pensil la kan. Terlalu banyak pilihan sampai kita tak tau nak guna warna yang mana. Sampaikan saya dulu berebut-rebut ngan member sekelas nak pakai warna crayon. Nasib baik tak sampai kes tarik rambut. Maklumla budak perempuan kan..hikhik. Dan kita sendiri yang mempunyai kuasa veto untuk mewarna lukisan tersebut. Walaupun cikgu dah berkali-kali pesan kena mewarna macam contoh yang cikgu buat atau yang sewaktu dengannya. Ikut kreativiti saya lah cikgu..hehe..

Camtu la gak ngan kehidupan kita. Kalau nak mewarna, kita dibekalkan dengan dua bahan. Kertas dan warna. Untuk hidup kita juga dibekalkan dengan dua nikmat. Akal dan hati. Kertas yang dibekalkan pada kita pula berwarna putih. Ada yang putih kosong dan ada yang sudah lengkap bercorak. Hidup kita juga bermula dengan satu warna. PUTIH. Ibu bapa yang mewarnakan permulaan hidup kita. Dan bila langkah dah semakin gagah dan otak pula dah semakin ligat berpusing, kita pula yang mampu mewarnakan kehidupan kita sendiri. Masa saat ni, ibu bapa bergerak sebagai mentor dan kita protege. Ibu bapa hanya menasihati tetapi kita sendiri yang akan menggerakkan warna kehidupan kita. Ikut kreativiti pun berpada-pada gak. Jangan sampai 'terlajak kreatif'. Jangan sampai mende negatif pun kita pakai aci redah je. Saya sedang berusaha mewarnakan hidup saya dengan warna-warna Islam. Anda pula bagaimana??

No comments: