30 August 2010

generasi soleh


Petang tu memang kami dah plan nak berbuka sama2 kat kg baru. Sy yang beria-ria ajak coursemate sy sebab ikan bakar kat kg baru tu sangat tedap. Lagi-lagi ikan pari bakar. Kecur air liur sy bila nak cite balik.ngeh3..tapi plan bertukar sikit sebab kawan sy cadangkan berbuka kat masjid Assyakirin,KLCC. Pastu isyak ngan tarawikh kat sana sekali. Kebetulan ada ceramah Nuzul Quran oleh ustaz Zawawi..lagi la masyuk. X kesahla berbuka kat mane2 janji dapat mamam.hehe.Best gak dapat berbuka makanan free nih,x payah keluar duit kan?wink!

Nak dijadikan cerita, kami semua sampai lambat dan terpaksa melenguhkan kaki untuk beratur panjang. Adehh..cabaran bulan puasa. Memang sangat menguji keimanan bila perkhidmatan oleh petugas yang bertanggungjawab mengedarkan makanan sangat lambat. Adoiyai, udah le beratur panjang pastu bad service. Sabar2..nusrah awak berada di zon ujian kesabaran. Istighfar ye. Sahabat di belakang saya mengeluh kecil dan sy mengajukan senyuman kepadanya. Tanda faham apa yang terbuku di hatinya. Letih. Penat. Lenguh. Sebab sy pun baru je merungut dalam hati tadi. Jangan berani tiru aksi merungut di atas. Itu petanda kita tidak bersyukur.huhu..Sabar ye Liza, kita sama2 letih.

Wardiah mengambil inisiatif untuk berbuka bubur lambuk sahaja. Mujur bubur lambuk itu sudah siap terhidang. Just TAG. Take And Go..ngeh3. Dan sy yang dah goyang lutut ni, give up. Xnak beratur dah. Berbuka ngan bubur lambuk pun dah lebih dari cukup. Kak Imah pula masih lagi setia menunggu nasi beriani itu. Go go Kak Imah. Keep it move..Kami sokong akak sambil duduk.Hehe.. Sedang kami terduduk keletihan menunggu waktu berbuka, satu suara lembut menyapa, "Dik, tengok kan anak akak ye. Akak nak pergi amik nasi kejap." Pengorbanan seorang ibu, tegar membiarkan kakinya yang lemah itu berdiri di barisan yang panjang demi santapan si kecil. Senyuman ku hadiahkan, petanda "yes, i'm willing to do that". Khusyuk mata ku ini memerhatikan si cilik yang leka mengunyah "BYTES", sedap sangat la tu sampai tak perasan akak tengah usha awak ye cik adik. Balqis namanya. Alhamdulillah, anak solehah. Elok je duduk diam2. Tak banyak karenah pulak tu. Sejuk perut ibu yang mengandungkannya.
Memang seronok bila tengok generasi yang soleh dan solehah ni. Penyejuk hati ummi dan abi. Penghibur di kala jiwa gundah gulana. Teringat saya pesan Ustazah Suhaibah, kalau nak anak jadi baik, kita dahulu yang kena melatih diri untuk jadi baik. Maknanya, kalau nak anak soleh dan solehah, kita dahulu yang kena mentarbiyah diri untuk jadi soleh dan solehah. Tak gitu kawan2...??Hasilnya sudah terbukti, bila mana kebanyakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah ini adalah benih dari generasi yang juga soleh dan solehah. Abi dan ummi soleh, anak pun soleh.^^
Jika orang yahudi, sejak usia bayi dari dalam kandungan lagi, si ibu sudah mula mempergiatkan latih tubi matematik. Tidak kurang juga dengan si ayah yang kerap membantu si ibu menyelesaikan masalah matematik. Katanya,mahu anak bijak. Usaha membentuk generasi bijak ditambah pula dengan si ibu yang rajin memainkan alat muzik seperti piano. Memang satu usaha yang cukup bijak apabila menggabungkan kemahiran otak kanan dan otak kiri. Hasilnya, tentu sekali anak yang mampu menggunakan kemahiran otak kanan dan kiri semaksima mungkin. Hebat bukan..??

Tapi, itu yahudi. Kenapa tidak kita. Sejak dari sekarang sudah mula tidak tinggal membaca ayat-ayat suci AlQuran. Takkan nak tunggu ada janin di rahim baru nak rajin baca AlQuran kan..wink! Tidak kurang juga dengan amalan-amalan sunat yang lain. Kalau orang Yahudi bisa bermain piano, mengapa tidak kita dendangkan anak-anak dalam kandungan kita dengan alunan zikir dan bacaan ayat-ayat suci AlQuran..Hasilnya, tentu sekali generasi pencinta alQuran. Mengapa juga kita tidak kerap membuat latih tubi matematik. Sekarang pun sudah ada berkepuk-kepuk buku latih tubi SUDOKU. Just Do it. Natijahnya, tentu lebih menakjubkan. Nah, Saintis merangkap AlHafiz. 2 in 1 lagi. Bertambah-tambah MASYUKKK.. ;)

(Lihat mereka ceria bukan?Keluarga yang hidup dalam cara hidup Islam - Gambar sekadar hiasan)

6 comments:

.::PENCINTA SAKINAH::. said...

nanti datang kg baru sggah umah saya..saya dok kt kg baru skrg..dekat skit nak g fak..g klcc pun x ajak..kite dkat je ngan klcc..klu x jem, 5 min smpai..

nusrah said...

oo..nak kena babab nih..
akak post pasal kg baru bru nak bgtau ea..

.::PENCINTA SAKINAH::. said...

hoohoho..asyik nk babab org je..mana la kte tawu org tu layan jgak makanan kt kg baru..kg baru ni apa la sgt yg ada..ikan bakar je, dkat ngan chow kit plak tu.. lainla klu kt nun di lembah pntai tu, midvalley ada, sumua ada!!ngeh3

nusrah said...

ha..ikan bakar tu yang tedap..ngeh3
akak memang slalu r buka kat situ kinah..
smpai ikan bakar tu pun dah kenal akak..ahaks =p

.::PENCINTA SAKINAH::. said...

ni yg nk babab k tiya balik nih!!!dh banyak kali dtg pun x tahu nk msg sy lagi...seingat sy masa saya g kk12 dh berbuih mulut sy ckp sy kt ukmkl, dengan ngan chow kit, dkat ngan kg baru!!!

nusrah said...

haha..babab la..
yeke?? bila masa plak awak ad bgtau awak duk dekat ngan kg. baru..adoiyai..
hehe..takpe2..get ready 4 d next ramadhan ea..
insyaAllah kalau umur panjang.