08 June 2010

musabbabil asbab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




~Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagian insan lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat musuh-musuhmu bahagia~

~Wahai diri, ingatlah bahawa segala gerak dan perilaku makhluk adalah dengan izin Allah jua~

~Jika datang insan yang bisa menumpahkan air mata duka, ingatlah bahawa ketika itu Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.~

~Jangan dilihat pada manusia yang menjadi sebab, tetapi lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi MUSABBABIL ASBAB~

~Jika kau sedang disakiti insan lain, DIA sedang mengajarmu erti redha~

FIRMAN ALLAH yang bermaksud : "Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan melihat musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara" ~ (Surah Fussilat : 34)

dan kini hatiku berdetik ~ siapa aku untuk tidak memaafkan dan siapa aku untuk berdendam sedangkan SI DIA Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: