29 May 2010

kerana saya juga wanita

semakin menginjak usia, hati ini semakin risau, mampukah aku bertahan dengan godaan syaitan? kerana diriku seorang wanita. insan yang sering menjadi panahan syaitan untuk menggoda si adam. Hati begitu gusar andai diri ini tidak cukup kuat untuk menjaga maruah sendiri. Hati begitu gusar andai diri ini tidak cukup kuat untuk memelihara aurat sendiri. Hati begitu gusar andai diri ini dengan mudah terjerumus ke lembah maksiat. Nauzubillah. Sebagai seorang wanita, bukan sukar untuk kita menempah tiket ke syurga. Hanya dengan dua perkataan - wanita solehah. Dan untuk menjadi wanita solehah juga bukan sukar. Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)..

Bagaimana??

Bagaimana perhitungan wanita solehah itu?? Adakah dengan paras rupa?? Adakah dengan harta benda?? Adakah dengan akal yang bijaksana??

Nafsu menilai wanita dengan indahnya paras rupa
Akal pula menilai wanita pada kebijaksanaan akalnya
Tetapi hati menilai wanita pada kecantikan akhlaknya
Itupun andai hati itu masih lagi bersih untuk menilai

Tubuh badan??

wanita solehah itu bukan dilihat pada bentuk tubuhnya yang mempesona. Namun ia dilihat pada sejauh mana ia memelihara dan menutupi bentuk badannya yang mempesona itu.

Amal Kebaikan??

wanita solehah itu bukan dihitung pada sebanyak mana amal kebaikan yang ia lakukan. Akan tetapi ia dihitung pada sejauh mana nilai keikhlasan untuk setiap amal kebaikan yang dilakukan.

Lunak Suara??

wanita solehah itu bukan dinilai pada kelunakan suaranya ketika berbicara tetapi ia dinilai daripada setiap butir tutur kata yang keluar dari mulutnya. Ia bukan diukur pada keahliannya berbahasa tetapi diukur dari bagaimana cara ia menyusun bicaranya yang sopan.

Pergaulan??

wanita yang solehah itu bukan dilihat pada sifat ramah mesranya ketika bergaul, tetapi sejauh mana ia mampu memelihara kehormatan diri ketika bergaul.


Pakaian Yang Grand??

wanita yang solehah bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian grand tetapi sejauh mana ia berani mempertahankan maruah diri melalui apa yang dipakainya.

Penggoda Jalanan??

wanita yang solehah itu bukan dilihat pada kekhuatirannya digoda atau dikacau di jalanan tetapi ia dilihat pada kekhuatiran dirinya yang menjadi punca godaan dan mengundang insan lain tergoda.

Ujian??

wanita solehah itu bukan dinilai pada sebanyak mana ujian hidup yang ia harungi tetapi setinggi mana nilai kesabaran dan sedalam mana rasa kehambaan ketika berhadapan dengan ujian itu.

dan bukan sukar untuk menjadi wanita solehah itu tetapi untuk mempertahankan solehah itu yang sukar kerana manusia termasuk kaum hawa itu sering diuji.. (^_^)

renung-renungkan



1 comment:

siti nurwanis said...

Usahakan iman satakat trmampu menjadi wanita solehah... bknlh solehah itu pd pndgn mata manusia ttp 'solehahahkanlah' hati pada Ilahi... insya allah, psti akn trserlah sft solehah trsebut.. =)