22 April 2010

kerana sesuap nasi

Jam hitam itu masih lagi berdetik dan kini menunjukkan tepat jam 9.16. "dah lambat ni,exam 11.30 pagi. Nanti nak gosok baju lagi" getus hatiku. Segera bingkas dari kerusi merah itu kerana risau tak sempat tunaikan solat dhuha pagi ni. Bekas makanan yang masih lagi bersisa nasi semalam itu aku capai. "kalau tak basuh pagi ni juga, alamat bau wangi la bilik ni..". Sisa nasi dan telur bungkus itu ku pandang sepi. "Kenapa la aku tak habiskan nasi ni semalam, kan dah berair-air pagi ni. Bukan setakat berair, malah ia mengeluarkan satu bau yang menusuk ke lubang hidung menandakan ia dah basi. Aduh! Satu pembaziran yang aku berjaya lakukan (T_T) ..Ya Allah, aku tak nak jadi sahabat baik "Syaitan Gemuk".


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semasa di pantri, mataku terpegun melihat ketekunan seorang mak cik cleaner membasuh beg-beg plastik di sinki. Lantas sabaris senyuman ku hadiahkan sebagai tanda hormat padanya. "Tak cuti lagi dik?" peramah pulak mak cik nih.huhu. "Belum bik, tengah periksa sekarang. Pelajar fakullti lain jadualnya dengan pelajar asasi" "oooo,nanti kalau ada barang-barang yang dah tak nak guna bagi kat acik ye dik,jangan buang terus. Nanti acik boleh jual, ye la sepuluh sen pun duit dik" "ooo,ok2..insyaAllah" lantas kepala ku terbayang beg-beg plastik yang berkepuk-kepuk dalam kotak kat bilik tu. Boleh rasanya bagi kat mak cik ni. "Ni mak cik kutip sendiri dalam tong sampah tadi." tangannya seraya menunjuk ke arah beg-beg plastik yang cantik tu. Memang saya tabik spring kat mak cik cleaner ni, kerana sesuap rezeki yang halal, dia sanggup merelakan tangan-tangannya menyusup ke dalam tong-tong hitam yang berisi sampah itu. "Memang cantik beg-beg plastik ni, siap ada yang berbunga-bunga lagi, patutla mak cik ni rela kutip dan basuh semula" getusku dalam hati.

"hmm, yang ni pun mak cik amik dalam plastik sampah tadi" kini jari telunjuknya bergerak ke posisi bekas-bekas makanan itu. "Wahhh, banyaknya bik" "A'ah, acik kumpul ni. Tiap-tiap hari ada ja orang buang bekas-bekas ni. Mak cik ambil la." "Acik dah lama duduk kat sini?" soalku pula,hehe. Saje nak beramah-mesra ngan mak cik ni. Dari riak wajahnya aku tahu, dia seorang wanita yang gigih membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi. Sampaikan sanggup merantau jauh dari tanah seberang ke sini. "Lama dah dik, acik duduk dengan suami. Pastu ada seorang lagi anak acik, pun kerja kat sini. Acik asal Sumatera." bicaranya panjang lebar.

"Mak cik ada ramai anak ke?" aduh, lancar saja mulut ini bertanya. Bimbang mak cik ni kurang selesa dengan pertanyaan sedemikian. "Acik ada dua orang lagi anak kecil yang masih belajar kat sana, tiap-tiap bulan acik mesti titip duit RM600 ke sana. Anak-anak kecil tu, duduk dengan kakak sulungnya" Tutur bicara mak cik itu masih lagi bersisa bahasa ibundanya. Dalam diam aku kagum ngan mak cik ni, mungkin dia terpaksa merelakan hatinya untuk membiarkan anak-anaknya berdikari sendiri di kampung halaman. Segala-galanya demi sesuap nasi. Bekas unguku itu sudah pun siap dibasuh, menandakan tugas ku sudah selesai di sini. Dah takde bau nasi basi dah.hehe.. "Saya pergi dulu ye bik" "Iya" pantas mak cik itu membalas sambil menundukkan kepalanya.

Sampai begitu sekali pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya. Segala-galanya demi sesuap nasi, demi anak-anak di kampung, demi kelangsungan hidup. Hatiku mengutuk-ngutuk sendiri perbuatan ku yang membazir semalam. Aku sendiri yang sudah mula lupa. Mungkin di sini aku sedang enak dilimpahi dengan nikmat nasi. Sampai ada yang aku campakkan ke dalam mulut tong sampah kerana terlalu kenyang. Tapi mungkin juga pada masa yang sama, ada insan yang sedang menderita mencari sesuap nasi demi meneruskan hidup. Sampai ada yang sanggup mengutip sisanya dari dalam mulut tong yang berjasa itu. Pedoman untuk diriku sendiri supaya lebih bersyukur..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s : saya dah jumpa 'penuggu' tu. alhamdulillah. Rupanya tersalah nama, bukan 'penunggu exam hall' tapi 'penunggu DTC' ngeh3..

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik