15 April 2010

wajarkah cemburu ku itu??

episod 1
Hari-hari yang saya lalui, biasa saja. Tunggu bas, naik bas pastu dah sampai Fakulti Sains Komputer. pastu blaja la kan..ap lg.....pastu bile klas dah abes, tunggu bas lagi kat tepi fakulti tu, naik bas lagi. Kali ni bas sendat cam tin sardin plak. Terpaksa la tercongok kat tepi pintu bas. Pastu (bpe byk pastu la kan..wink) sampai Akademi Pengajian Islam plak. Ada klas lain kat sini. Ahha... biasa je kan, tau dah boring nak bace...xde ap yg luar biasa. Jadi ap mende luar biasa yg sy nak cite nih..



episod 2
"awak dah breakfast??" bicara ku seawal pg itu. Saje nak memecahkan suasana kebosanan tatkala kami sama2 tunggu bas. Cam biasa, nak pergi Fakulti Sains Komputer tu. Tapi kali ni lain ckit, sebab hari ni hari khamis.."mmm, saya puasa hari ni" Jawab teman baikku itu. "ooo" panjang saja vokal 'O' itu berbunyi, mengiyakan kata-kata teman ku itu. Dalam diam, saya memang sedikit cemburu dengannya....wink! Saya jeles sebab Allah bagi kesempatan untuk dia berpuasa. Huhu..seronoknya dapat puasa. Bukan semua orang Allah pilih untuk melakukan kebaikan. Dan bukan semua orang juga puasanya diterima. Bimbang amalan sunat itu hanya bersulamkan lapar dahaga, bukan pahala dan redhaNya. Semoga puasa temanku itu diterima Allah..Entah kenapa, sejak dua menjak ni, ada je halangan untukku berpuasa. Lewat bangun untuk sahur lah, sakit tekak ngan batuk lah, sakit pewot lah. Adeh....macam2 hal lah..


episod 3
"moga awak cepat2 jumpa jodoh yang soleh ye sofwah (bukan nama sebenar)" entah kenapa lancar sahaja jemariku menaip ayat yang tertera di ruangan Yahoo Messenger itu. Sejak akhir2 ni, hatiku sebak tatkala sahabatku mengadu yang dia mahu cepat2 mendirikan masjid. Bukan sebak sebab nak berpisah dengan dia nanti, tapi sebak sebab dia belum bertemu lagi sang mujahid yang sudi menyunting dirinya..Saya faham kenapa dia mahu seawal mungkin memasuki gerbang perkahwinan. hmmm.."time kasih nusrah (bukan nama sebanar) . awak ni macam tau2 je saya tengah frust" "biasa la, naluri seorang sahabat (^-^) " jawabku. "awak ingat tak ustaz yang saya cerita dulu, dia dah nak kahwin, dia ada jemput saya datang ke walimah nye" bicara Sofwah terhenti di situ. Tersentap jantungku ketika berita itu disampaikan. Tak dapat bayangkan perasaan Sofwah mse tu, betapa lama penantiannya. Sejak Form 5 lg.. Betapa Allah mahu menguji dirinya. Sabar ye Sofwah, ada ganjaran atas kesabaran awak itu. Dalam diam, saya cemburu dengan Sofwah. Saya cemburu dengan kesabaran Sofwah. Saya cemburu sebab Allah bagi tanda kasih sayang kepadanya. Betapa sayang Allah dengan dirinya. Allah bagi ujian seberat itu tatkala kami sama2 bergelumang dengan nota dan bergelen-gelen buku sebagai persiapan menghadapi perang final exam beberapa hari lagi. Moga Sofwah terus kuat..

Betapa luas kasih sayang Allah kepada setiap hambaNya. Allah berikan nikmat ujian dan peluang melakukan kebaikan sebagai tanda sayang. Setiap kali teman sekeliling mengadu masalah kepada saya, sesegera mungkin saya membalas "nikmat ujian adalah bukti Allah sayang kat kita". Dalam diam, saya sedikit cemburu dengan mereka yang sering diuji. Sayang nya Allah pada mereka...huhu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s : moga cinta ini terus subur kepadaNya

No comments: