23 March 2010

sudikah iman bertakhta di jiwaku??

masih segar tiap-tiap bait kata yang dia lafazkan. tengah hari itu lancar sahaja mulut dia menyampaikan setiap ilmu yang tertanam di jiwanya.

"Siapa tahu qadhiah islamiyah??"soalan itu yang dia lontarkan tatkala memulakan perbincangan. "mmm,qadhi tu hakim kan??hakim dalam islam ke??"ujar temanku tanpa segan silu kerana ku tahu dia sedang mencuba."mmm,bukan tapi saya suka awak berani mencuba.." otakku ligat berputar,ap ea qadhiah islamiyah tu??penat belajar bahasa arab sampai ke tua..huhu.

"ok, xpe saya terangkan ckit ye. Qadhiah Islamiyah itu ialah isu-isu atau masalah-masalah yang berlaku kepada umat Islam." OOO...ngeh3..panjang saja mulut kami semua,tanda faham le tu.. "cuba kita listkan same2 ap bende masalah yang berlaku dalam umat islam ni sebenarnya.." "bergaduh dengan perkara2 furu' " entah kenapa laju saja lidahku menuturkannya..mungkin kerana ia betul2 berlaku hadapan mataku. " lagi??" "black metal" "buang baby" "minum arak berleluasa" "penindasan ke atas palestin" "zina" "mat rempit" "ragut" "murtad" sebut teman-temanku satu persatu,tidak kering idea kami di waktu itu. Ada saja idea yang timbul. Dia tersenyum, " banyakkan?? sampai tak menang tangan saya nak tulis" kami tergelak kecil mendengar kata-kata nya.




X sangka sebanyak itu masalah umat Islam sekarang malah ia berlaku di sekitar kami sendiri. "ok, sekarang saya nak bahagikan masalah-masalah ni kepada dua biar kita boleh nampak puncanya. cabang yang pertama ialah janib siasi. janib siasi ni ialah masalah disebabkan kita tiada sistem khalifah,kita tiada satu kuasa yang boleh membela nasib kita bila kita ditindas, seolah-olah macam kita takde mak dan takde ayah. Sebab tu palestin sampai sekarang terus menerus bermandikan timbunan peluru. OOO..sekali lagi berbunyi vokal "O" itu, tanda kami mengerti. "ok, cabang kedua ialah janib fikri. janib fikri ialah masalah yang timbul disebabkan tidak faham. Tidak faham apa itu Islam, tidak faham apa itu Aqidah Islam." Laju je tangan nya melakar peta minda seiring dengan pertuturannya. ahha, baru boleh faham. Saya memang cepat pick up ble bab2 buat peta minda nih..ngeh3



"bile kita dah nampak pengelasan masalah ni, baru kita bleh nampak apa punca sebenar masalah-masalah ni sume." sambung nya lagi, tajam saja deria ini mendengar pertuturan nya, kalau boleh tak nak terlepas satu pun ilmu. "Jadi apa punca masalah-masalah ni?"dia seolah-olah menguji kami, bimbang ngantuk agaknya. Maklumlah dah tengah hari nih. "Sebab aqidah tak mantap" celah temanku. "Ye, memang puncanya daripada masalah aqidah, masalah takde iman. kita xde rasa takut dengan Allah" Dia kembali berbicara. " dan jalan penyelesaiannya ialah kita kena kembali kepada iman, kita kena didik iman kita. Kalau kita selusuri sirah Rasulullah, Rasulullah didik iman para sahabat dulu." Tangannya berhenti usai saja mulutnya yang turut berhenti berbicara. Betul la, memang masalah ni berpunca daripada masalah aqidah dan masalah bila seseorang itu tidak faham Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. Tetapi mungkin masalah itu hanya terzahir kepada mereka yang jahil ilmu agama. Namun sebenarnya, masalah ini juga boleh berlaku kepada mereka yang sudah dilengkapi dengan didikan agama. Bagaimana dengan diriku, yang sudah dididik dengan ajaran agama sejak kecil. Mungkin iman yang sudah bertapak dalam hati ini akan goyah. Hatiku pantas berbisik "Apa khabar iman? sudikah ia bertakhta lagi di jiwaku?"

No comments: