20 April 2010

penunggu exam hall

assalamualaikum..

Apa yang saya nak ceritakan ni memang kisah benar. Tiada yang benar melainkan benar-benar belaka.huhu..Saya pun tidak dididik untuk bercakap bohong. Sila betulkan deria penglihatan anda, ini bukan rancangan seekers atau misteri nusantara.

Adeh... Seram sejuk plak bila saya nak buka cerita. Rasa nak demam pun ada. Tapi saya gagahi juga. Takut tu memang la takut. Jangan risau ye cik Nusrah. Ketakutan pada Allah yang patut diutamakan dahulu. Allah itu selalu bersama hamba-hambaNya yang beriman dan taat perintahNya.

Kalau anda tengah mengadap laptop sorang-sorang baik tak payah la teruskan baca post ni. Takut2 jadi macam saya, asyik terbayang-bayang je. Sampai nak makan pun tak lalu. Nak tidur nyenyak apatah lagi. Ni sume gara-gara penunggu exam hall tu.. (T_T) .

Saya tak tau nak gambarkan macam mana rupa penunggu tu, tapi yang pasti ia asyik menghantui saya sejak study week. Tapi yang peliknya ia akan datang sekali sahaja. Yang selama ini kerap menghantui saya cuma bayangannya. Bukan penunggu yang sebenar. huhu..

Sabar ye cik Nusrah, sediakan senjata secukupnya supaya tak pengsan bila berhadapan dengan penunggu tu. Ingat!! penunggu tu datang sekali je..Hari Khamis ni..Ingat juga, nama penunggu tu Multimedia System..!! Jangan sampai tersalah jumpa penunggu. Nanti lain pula ceritanye...


p/s : saya sedang mengasah ketajaman minda..Takut2 x dapat nak lawan penunggu tu khamis ni..wink! (^_^)

4 comments:

.::PENCINTA SAKINAH::. said...

adehhh....
oooo dia nk asah minda dia...

TUMPUL MINDA KITAORG BACA POST NI TAU TAKKK...

nusrah said...

ngeh3...
apsal la nak tumpul cik kinah??

.::PENCINTA SAKINAH::. said...

buat suspen...besor btoi imaginasi cik nusrah ni ye...

nusrah said...

hehe..
akak paling takut ngan subjek ni..huhu
doakan ye mudah jawab soalan.. ;)