12 March 2010

soal hati

alkisah..

pertemuan ku dengan nya pada tengah hari itu cukup bermakna. terima kasih kepada insan yang telah mengajakku untuk berjumpa dengan nya. setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut nya umpama butir-butir mutiara. ini mungkin kerana hasil biasan diri nya yang dekat dengan Allah. ku ambil pedoman setiap tutur nya. cukup termuhasabah bila diri nya membicarakan soal hati. baru ku tahu, hatiku ini berada di peringkat mana. baru ku tahu apa yang menyebabkan diri ku laksana zombi mungkin.huhu. kata je hidup tetapi tidak terurus. kata je hidup tapi hati gelisah.


kek coklat vs demam panas..


"cuba bayangkan suasana kita tengah diberi ujian demam panas..pastu sakit kepala dan rasa x lalu nak makan.." mulutnya menuturkan bicara di hujung pertemuan kami. Otak ku ligat membayangkan.mesti masa tu aku turut dilanda sindrom muntah2. memang kebiasaannya demamku bertemankan sakit kepala dan muntah2. tidak ketinggalan hidung yang tersumbat dan tekak yang kerap menggayakan sindrom batuk. "dan ketika itu juga kita dihidangkan dengan makanan yang sedap2.." sambung nya lagi. terbayang jelas ketika itu rupa kek coklat,sedapnya..wink! "Adakah ketika itu kita masih lagi mempunyai selera untuk makan??" persoalan itu pula yang dilontarkan oleh nya. pantas aku menjawab " mestilah tak".

antara hati dan badan..

"ok,macam tu la juga hati kita. kalau hati kita sakit, hati kita dah tak selera nak merasa makanan yang sedap2 lagi. hati kita dah tak selera nak terima santapan rohani lagi. hati kita dah liat nak dengar pengisian. Masa tu juga kita dah tak rasa rugi kalau terlewat solat, kita tak rasa apa2 pun kalau terlupa mengaji alQuran."dirinya mula menerangkan ilmu yang ingin dikongsi. memang benar analogi yang dilontarkan. Aduh!! Tepat mengena batang hidung ku. (T_T).

level 1 @ level 2??


"hati ini ada 4 peringkat, peringkat pertama ~ kalau kita buat dosa, hati kita akan menangis mengenangkan dosa tu. Masa tu, kita cepat2 istighfar. Takut dengan dosa yang kita dah lakukan.
peringkat kedua ~ hati kita tak rasa apa2 pun kalau dah terlajak buat dosa, contohnya kalau terlewat solat subuh pun,kita relax je. Yela,apa nak kisah,semalam pun terlewat subuh gak. Peringkat ketiga ~ hati kita rasa seronok pula buat dosa. peringkat keempat pula ~ kita menjadi penentang kepada kebenaran. Sampaikan kita rasa tidak suka kepada mereka yang menyeru kepada kebaikan" nauzubillahi min zalik. Penyampaian nya begitu tenang. Jelas hatiku mula termuhasabah.

Dan hatiku mula berteka-teki,di peringkat mana pula hati ku terletak?

p/s : Moga hati ini sentiasa dalam jagaan Allah

No comments: