15 August 2015

“Our scars make us know that our past was for real” - Jane Austen, Pride and Prejudice.

Bismillahirrahmanirrahim

Sepagi ditemani Lizzie dan Mr. Darcy membuatkan aku percaya betapa sangka-sangka atau teka-teka atau rasa-rasa atau apa sahaja tentang "mengenal hanya pada luaran", lazimnya akan membawa kita kepada kesilapan. Malah kita mungkin akan jatuh suka atau menjadi lebih selesa dengan seseorang jika kita benar-benar mengenali hati budinya tanpa perlu bersangka-sangka. Masakan tidak, Lizzie yang begitu degil mempertahan prinsip diri akhirnya begitu tenang mengaku bahawa sangkaannya pada Mr. Darcy adalah silap!

“ From the first moment, I met you - your arrogance, your conceit, and your selfish disdain of the feelings of others, made me realize that you were the last man in the world who I could ever be prevailed upon to marry.” - Elizabeth Bennet 1:24:10 
"He is not proud. I was wrong, I was entirely wrong about him. You don't know him, Papa. If I told you what he's really like, what he's done." - Elizabeth Bennet 2:17:37

Maka benarlah dibilang bapa sasterawan kita,

"Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa." - Usman Awang

Aku juga percaya bahawa selain memiliki hati yang indah, akal yang cergas juga meletakkan martabat seseorang wanita itu di tempat lebih tinggi. Wanita itu akan lebih dihormati. Lebih 'cantik'. (Sudah kenapa aku bertutur seperti pakar kecantikan lagaknya? Hahaha!) Dalam diri seorang Lizzie, keadaan 'zaman gelap' pada waktu itu tidak membenarkan kaum perempuan berinterlektual. Namun Lizzie nyata lebih bijak, menghidupkan akalnya dengan bacaan pada buku-buku. Bijaknya seorang Lizzie menjadikan dia seorang yang 'degil'. Oh, negatif pula bunyinya! Maksud aku 'degil' pada prinsip. Ya, tegas pada pendirian sendiri.

“I declare after all there is no enjoyment like reading! How much sooner one tires of any thing than of a book! -- When I have a house of my own, I shall be miserable if I have not an excellent library.”  
“There is a stubbornness about me that never can bear to be frightened at the will of others. My courage always rises at every attempt to intimidate me.” Elizabeth Benneth in Pride and Prejudice by Jane Austen.
Bijaknya seorang Jane Austen, meletakkan intelektual pada watak utama perempuan! (baca : heroin). Terima kasih Umy untuk ini,

Austen's plots are fundamentally about education; her heroines come to see themselves and their conduct more clearly, and become better, more moral people. - Styles and Themes of Jane Austen.

Tidak keterlaluan juga untuk aku katakan bahawa antara ciri lelaki yang baik adalah matang. (Ehemmm!) Dia akan berjuang demi wanitanya. Pembuktiannya dengan tingkah laku dan tindak tanduk. Bukan dengan mulut. Lihat sahaja bagaimana Darcy memenangi hati Lizzie, dengan memuliakan keluarganya terlebih dulu. Ah, sudahlah teman! Tidak perlu aku bicara panjang. Kau tidak mungkin percaya aku melainkan kau menonton atau membacanya sendiri. Sekian, entri tidak islamik untuk Ogos ini.


No comments: