25 July 2015

polos

bismillahirrahmanirrahim


Januari 2015


"N, one random question. Kenapa awak tak guna nama sendiri ye dalam blog?"

Seingatnya, aku masih tinggal di kolej kediaman dalam UM ketika soalan tersebut diaju di ruang whatsapp. Ya, mungkin penghujung tahun lalu atau Januari tahun ini. Kelakar bila terkenang detik kami mula-mula kenal di blog. Kononnya penuh dengan kata-kata menguatkan antara satu sama lain. Ana enti, ana ukhti (Hahaha!). Ruang komen di blognya memang penuh ayat-ayat skema yang aku sendiri tidak pasti macam mana aku boleh seberani itu menegur orang asing di alam maya. 

"Good question. Setakat ini tidak ada yang berani tanya soalan macam tu. Sebenarnya kita mahu orang kenal penulisan dulu, bukan penulisnya. Walaupun secara logiknya, bila sudah membaca suatu penulisan kita akan jadi kenal dengan penulisnya, tapi kita mahu orang baca bukan sebab itu adalah penulisan seorang yang bernama N, kita mahu orang baca sebab kekuatan huruf pada penulisan itu sendiri. I prefer known as unknown."

"Faham. Faham. Yes, Umy kenal tulisan dulu sebelum kenal N."



Julai 2015

"Awat hampa tutup blog? Lama kami tunggu. Sempat baca entri latest ja."

Kami memang selalu begitu. Kadang-kadang entah ruh mana yang datang merasuk menyebabkan aku terikut-ikut sekali mengeluarkan loghat negeri sebelah utara. Masih soalan dari orang yang sama. Aku rasa dia sejenis perempuan yang boleh baca jiwa perempuan lain, sebab bila aku terang dengan cuma sebaris ayat dia terus bilang "Faham."

"Dak aih Umy. Tak tutup pun, cuma tukaq url. Dia macam nak move on with new life, so i start with new blog."



25 Julai 2015

Ya, maka ini jawapannya mengapa aku masih menggunakan nama pena yang sama, tetap sahaja tidak mahu meletakkan nama sebenar di blog. Bukan sebab nama emak ayah bagi sejak umur tujuh hari tidak nyaman atau bukan juga atas alasan mahu menyamar menjadi perempuan lindungan bulan (Oh, perasannya!), walhal nama diberi emak ayah adalah cukup indah dan selalu sahaja terbias menjadi doa. Ini juga jawapannya mengapa wajah ruang penulisan aku kini lebih polos dan kosong. Moga benar-benar ikhlas kembali kepada fitrah berTuhan seperti mana kita semua keluar dari madrasah Ramadan dengan jiwa yang aman. Masih lagi aku seorang yang selalu dahagakan huruf, bait dan penulisan.


1 comment:

Anonymous said...

tiya, baca ni i miss US.
i love u soooo much, take care deary.

sobs.