26 October 2014

bukan aku dan kau, surat untuk kita sebetulnya

bismillahirrahmanirrahim

[ehsan]
Barangkali aku tidak perlu terlalu gusar dan tergopoh-gapah menulis di sini, sebab huruf-huruf tidak pernah bisa berlari. Huruf-huruf tetap kekal di sini. Bezanya jiwa aku sendiri yang sekejap datang dan pergi, naik dan turun, jatuh dan bangun. Tidak perlu terlalu sibuk mencari inspirasi yang dirasakan jauh, sedangkan inspirasi itu dekat dan sudah lama berlabuh. Inspirasi itu datang dari setiap fizikal yang aku sentuh, dari setiap bau yang aku hidu, dari setiap panorama yang aku lihat. Sibuk-sibuk mencari inspirasi sedangkan kita semua sebenarnya saling sahaja berbagi dan berkongsi.

"People think you are an inspiration but somehow it recycles - that we actually inspire each others." - Diana Nuzuin.

Bagi orang-orang macam aku (kita sebetulnya), suara kita tak didengari, jiwa pula sukar difahami. Maka penulisan yang menghidupkan. Kalau dikira-kira manusia yang buat aku (kita sebetulnya) macam sampah, memang sukar mahu bernafas. Bangkit. Hidup ini bukan untuk menjaja diri pada yang tidak tahu menghargai. Ajaib bukan? Bahawa aku dan kau (kita sebetulnya) tidak saling mengenal namun selalu sahaja disatukan dengan huruf-huruf yang wujud.

“We don't read and write poetry because it's cute. We read and write poetry because we are members of the human race. And the human race is filled with passion. So medicine, law, business, engineering... these are noble pursuits and necessary to sustain life. But poetry, beauty, romance, love... these are what we stay alive for.” 


Kalau pun ada yang bertanya, "Kenapa masih tegar menulis di ruang usang?" Kalau pun ada yang bertanya, "kenapa masih mahu merakam dengan lensa buruk?"

Supaya nanti, aksara-aksara ini yang aku ulang dan ulang. Mendekat dan melekat dalam memori sendiri. 

Supaya nanti, ada jiwa yang tidak pernah merasa seorang dan terperosok ke ruang sunyi. Huruf-huruf rapuh yang tertumpah di sini setia membasah kertas hidupnya. 

Supaya nanti, puisi-puisi tidak lagi tersesat mencari alamat yang hendak dituju. Surat-surat sudah bertemu empunya diri yang mahu.

Supaya nanti, bila kita sudah tiada, insan-insan lebih mengenal jiwa melalui abjad-abjad yang pernah ada, lebih mengenal jiwa melalui momen-momen yang terakam.

"Aku mengenalmu melalui kata-kata , cara berpikir yang aku sukai sejak pertama kali membaca. Setiap ejaan hurufnya aku kenali, aku mengenalmu melalui kata-kata. Pada setiap rasa yang kamu sematkan dalam cerita." - Kurniawan Gunadi, Hujan Matahari 


5 comments:

dr.adilahhebat :) said...

Sibuk-sibuk mencari inspirasi sedangkan kita semua sebenarnya saling sahaja berbagi dan berkongsi.

- dan ini buatkan saya sedar , sebab kadang-kadang selalu nak cari idea/inspirasi nak tulis.

and now i found the answer :')

jazakillah k.nusrah ;)

Supaya nanti, ada jiwa yang tidak pernah merasa seorang dan terperosok ke ruang sunyi. Huruf-huruf rapuh yang tertumpah di sini setia membasah kertas hidupnya.


dan ini, moga tetap thabat dan tetap terus menulis :')

Anonymous said...

[tuan blog]
Adilah,
Waiyyaki, please keep writing okay? Tulisan adilah juga slalu memaknakan. Please keep inspiring people with your words.

... said...

salam akakkkkk.. suke gmbr yg akak letak.. mcm vintage gtu.. im so glad to see ukht masih gigih menulis! hope to see enti soon in shaa Allah.. x lama lagi Liana akan pulang ke tanah air..

blh whatsapp Liana di +15142602213 untuk keep in touch dr sana.. rindu dan syg fillah!

... said...

salam akakkkkk.. suke gmbr yg akak letak.. mcm vintage gtu.. im so glad to see ukht masih gigih menulis! hope to see enti soon in shaa Allah.. x lama lagi Liana akan pulang ke tanah air..

blh whatsapp Liana di +15142602213 untuk keep in touch dr sana.. rindu dan syg fillah!

Anonymous said...

[tuan blog yg malas sign in]
Salam lianaaaaaaaaaa, haihhh lama sggh org di sini menanti perkhabaran org di sana. Tgh excited ni tapi cover. Nti kat wasap kita sembang pjg.