10 September 2014

Waktu-waktu semalam

Bismillahirrahmanirrahim

(i) Waktu tidak akan berulang

Waktu benar-benar mengajar kita semua bahawa semua yang kita lalu tidak akan berulang. Kekok mahu aktif semula menulis di sini. Ini entri tertangguh dari semalam dek kerana talian wifi turun naik. Sekejap putus dan sekejap baik. Apa yang aku mahu tuliskan semalam, sebahagiannya sudah lenyap. Aku sendiri lupa. 

Sesi bertemu penyelia selalu sahaja menghadiahkan aku dengan rasa yang pelbagai. Penyelia yang selayaknya aku panggil murabbi. Penyelia akan berkongsi ilmu secara terus dan aku  tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Mesti dibekal dengan buku atau Kitab Arab atau paling kurang idea-idea yang segar! "Cuba enti cari dekat bahagian tepi-tepi rak ini. Cari karya atas nama Imran." Dipinjamkan penulisan tebal (tesis sebenarnya) tentang fatwa. Barangkali penyelia mencerminkan jiwanya yang sebenar seperti yang Walt Whitman bilang,

"Behold I do not give lectures or a little charity, when I give I give myself." -- Walt Whitman.

Ya, aku pulang semalam dengan naskhah merah di tangan dengan harapan supaya dilancarkan kajian lapangan. Juga inspirasi dari akhlak penyelia yang terbias. Mungkin aku perlu belajar untuk lebih menghargai waktu-waktu yang ada sekarang, berbanding kerisauan dengan apa yang akan berlaku hari-hari mendatang. 

"Realize deeply that the present moment is all you have. Make the NOW the primary focus of your life." -- Eckhart Tolle

(ii) Hujan Matahari

"Hujan dan matahari adalah perpaduan yang unik, saling bergantung, menjadi sebab dan akibat. Hujan dan matahari memaksa orang-orang berlindung di balik tempat-tempat teduh. Kecuali orang-orang yang berani menghadapi dingin dan terik." -- Kurniawan Gunadi, Hujan Matahari.
Ini juga cerita semalam. Sewaktu aku berpergian mengambil buku Hujan Matahari. Perginya dihidang terik matahari dan tidak sampai satu jam sela waktu, pulangnya disambut rintik-rintik hujan. Aku tahu klise bunyi nya. Seolah-olah aku mahu memberi khabar, "Oh, seperti alam mengerti apa yang terkandung dalam buku yang dipegang!" 

Bukan. Namun, bukan itu yang aku mahu ceritakan. Mengingatkan kembali pada perasaan yang memenuhi ruang jiwa aku saat buku di tangan, betapa selain akhlak, tulisan juga mampu meniup inspirasi. Selama aku membaca hingga muka lapan belas, penulis seperti tahu membaca riak jiwa siapa sahaja. Ketika meniti tiap abjad ada sahaja yang aku bisikkan. "Ini yang aku rasakan sekarang." "Ini sebenarnya yang aku mahu bilang." "Ayat ini memang terkena dekat aku." "Kenapa penulis begitu dalam jiwanya?" Ya, begitu. 

"Remember
you were a writer
before
you ever
put
pen to paper
just because you were not writing externally
does not mean you were not writing internally." -- Nayyirah Waheed


2 comments:

Anonymous said...

Kak nusrah..
Ini juga selalu terjadi pada saya.
Selalu!
Setiap kali saya membaca tulisan2 akak lewat blog terutamanya..seolah2 'membaca' jiwa sy sendiri.
Terkadang saya terfikir, 'kenapa ya org lain boleh menulis apa yg aku rasa, sedang aku sendiri xpernah tau bagaimana utk meluahkan rasa2 yg dlm dada.'
Mgkin betul ckp akk. Kita berkongsi rasa yg sama? Sekurang2 akak boleh meluahkn dgn tulisan. Tp sy juga gembira utk baca setiap aksara akk.
Sbb tu selalu sy lawat blog akk. Berharap agr ada sj entry2 baru di sini. Kalau xda, sy kerap juga mengulang baca entry2 lama.
Semoga akk terus menulis.
Sgguh, sy terinspirasi. Terima kasih kak!
Jazakallah.

nusrah said...

waiyyak,
moga dengan tulisan-tulisan kita saling menguatkan..! insyaAllah.