20 June 2014

indah hujan

Bismillahirrahmanirrahim

[ehsan]

punya sesuatu yang aneh tentang hujan
hujan bisa sahaja mengadun pelbagai rasa
ada yang resah kerana berkira-kira
rintiknya kan menyimbah sepatu merah
juga ada si girang meraikan melodi
titis-titis air yang jatuh mencium gersangnya bumi.

hujan bisa sahaja memisah kita
dengan orang yang bukan ditakdir Tuhan untuk berjumpa
hujan juga bisa buat kita menyerah
ke satu titik temu bernama hidayah
semuanya bisa dengan izin Tuhan.

Tuhan,
kenapa rahmat ini begitu indah?


2 comments:

Nurfarhany said...

rangkap akhir tu,
dua definisi hujan yang berbeza yea?

nusrah said...

hany rasa? ;)
sebab dia bergantung pada pembaca. wiwiwi.

tetap selamanya hujan itu indah walau definisinya mungkin berbeza mengikut naluri hati dan emosi peribadi.