[ehsan] |
tetap sahaja
hijau daunnya dipuja-puja
tetap sahaja
mekar bunganya didamba-damba
sedang tanpa akar tak kelihatan
yang tegar memasak bumi
daun dan bunganya pun
tak akan tumbuh menyeri
seperti kita
-- manusia
tanpa hati yang cantik
wajah jernih pun tidak ke mana.
No comments:
Post a Comment