19 July 2013

tetap darimu lahirnya jiwa syurga

bismillahirrahmanirrahim..

[ehsan]


kita kan selamanya
berkongsi rasa
menyantun jiwa.

yang lembut terbias indah
yang tegas kekal berseri luhurnya
yang diam masih kan nampak manis wajah
yang ceria kekal penuh ramah.

Ar-Rahimnya Tuhan kita
tetap darimu terlahir jiwa syurga
tetap dirimu diseru bonda.

walau apa saja warna
camping mana dunia
kau terhampir sempurna
-- hawa.


-------

#Rabak mana hati kau dengan dunia, kau kan tetap hawa akhir zaman yang tidak pernah hilang asa mencari Tuhan. Mohon aku, jangan pernah kesal menjadi hawa. Seperti mana kau tidak pernah meminta-minta terlahir hawa, moga Ar-Rahimnya Tuhan mengurnia syurga bukan atas kita minta-minta -- tapi kerana cinta.

#Untuk semua yang bernama hawa dan bonda. Juga buat adam, santuni hawa mu dengan agama.

#Bagaimana Ramadhan mu? Senyum.

4 comments:

Anonymous said...

benarlah.

hawa itu bidadari dunia. malah mampu menjadi lebih haibat dari bidadari syurga,

subhanallah!

('=

nusrah said...

take care nadiah. :) moga cinta Allah terus terlimpah utk nadiah. fi hifzillah

Syafa Mohamed said...

i miss you, ya hawa yang menjadi kecintaan Tuhan dan makhlukNya.

Love.

nusrah said...

Miss you jiddan syafa! Moga dalam kecintaan Allah selalu..

Lots of love. *hug*