14 July 2013

perlahan dari dalam

bismillahirrahmanirrahim

diam-diam
perlahan dari dalam
tumpahkan semua yang terpendam.

pada apa di jiwa
malah depan mata
bukan milik kita.

beri
tanpa karat caci-maki
kongsi
tanpa rasa benci.

rentung sahaja jika niat menyerong
punah jadi debu kalau-kalau balasan dimahu.
sudahlah, nanti kau kecewa
andai-andai hanya ingin menerima.

-------

[ehsan]


#Dalam makna memberi itu, posisi kita sangat kuat : kita tak perlu kecewa atau terhina dengan penolakan, atau lemah atau melankolik saat kasih kandas kerana takdirNya sebab di sini kita justru sedang melakukan sebuah "pekerjaan jiwa" yang besar dan agung : MENCINTAI - M. Anis Matta (Petikan Jalan Cinta Para Pejuang, Salim A. Fillah, hlmn. 181)

#jangan jemu membersihkan hati. kerana justru kebersihan hati itu lah yang akan menguatkan ikatan sesama kita. Tidak perlu jadi orang yang paling hebat di kalangan kamu, cukuplah menjadi orang yang paling ikhlas hatinya dalam ukhwah dan dakwah - Syafiqah Rahmat. Jazakillah piqa, kakak rindu.

#Yakini aku,  keliru dalam mencari semula fitrah hati atau yang kau panggil krisis identiti itu tidak salah. Kita masing-masing sedang berusaha jadi diri sendiri ikut sibghatullah bukan?


No comments: