08 July 2013

Selamat memaknakan jujur

bismillahirrahmanirrahim

dikata curi tulang
di belakang
--kerja kau paling kencang.

dikeji kanan kiri
saban hari
--kau tabah merawat hati.

bisa saja kau membalas onar
tetap pegun dipilihnya sabar.

peduli kata orang
hidup mati kita atas nama Tuhan
tak perlu didendam dilawan

kita manusia cuma
sampai satu masa
--yang mengata juga binasa
--yang mengeji bakal mati.

depan Tuhan, ini amal yang ada
--kita jujur semata-mata
di Mizan, ini hadiah seindahnya
--jujur kita pada Pencipta

Selamat memaknakan jujur, pada amalmu; pada baitmu; pada lisanmu; pada rezkimu; pada niatmu dan yang terutama; pada Tuhanmu.

------

[ehsan]


#Selain sujud lama-lama, baca al-Quran sampai lencun air mata, hadam buku sejam dua, lalu menulis juga cara melepaskan diri paling indah. (baca : sweet escapism)

#Kita kena banyak doa dekat Tuhan, yang kita bukan dai'e yang suam-suam kuku. Kita bukan dai'e yang tukar-tukar musim. Datang isu Mesir, kita lupa isu Syria. Datang isu Syria, kita lupa isu Rohingya. Datang isu Rohingya, kita lupa isu Somalia. Datang isu Somalia, kita lupa isu Palestin. Nauzubillah. Tolong pecahkan kitaran lupa itu.

#Ahlan ya Ramadhan. Apa rancangan kalian buat ramadhan kali ini? Masjid hop dengan teman-teman? Tilawah dan berkenalan semula dengan Al-Quran? Habiskan kuliah tadabbur oleh Ustaz Nouman Ali Khan dan Bayyinah.com? Bagi makanan bersahur dan berbuka buat sahabat gelandangan? Bersolat tarawikh dan bagi hadiah buat anak-anak yatim? Atau kita mahu taqwa sekadar 'main-main' dan 'suka-suka'? Astaghfirullah.

#Ramadhan bulan doa kan? Ini antara doa yang elok diamalkan. :)

2 comments:

ainumsolehah said...

salam akak :)

saya pun nak jadi jujur jugak :)

p/s : pinjam ayat, nak isi dlm risalah. hee

nusrah said...

wsalam warahmatullah ainum, ambil mana2 ayat yg ainum nak. itu semua percuma. :)

ps: selamat memaknakan jujur.