16 January 2013

wa-ka-la

Bismillahirrahmanirrahim..


[burung]

Raja' dan khauf itu adalah salah satu tingkatan bagi mencapai taqarrub billah. Kedua-duanya laksana seekor burung yang ingin terbang, bagaimana dia dapat mengimbangkan antara kanan dan kiri ayunan sayapnya. Burung itu tahu sebanyak mana ayunan sebelah kiri perlu dikemaskan, sebanyak mana ayunan sebelah kanan perlu dilajukan.

Begitu juga manusia, untuk menuju taqarrub billah, dia tahu bagaimana mahu mengimbangkan antara raja' dan khauf. Untuk raja', dengan meletakkan harapan pada Allah, dia selalu mengenangkan ayat-ayat Allah tentang kisah syurga. Untuk khauf, dengan meletakkan rasa takut pada Allah, dia selalu muhasabah diri dengan ayat-ayat Allah tentang balasan yang menimpa kaum-kaum yang murka, tentang neraka.


[saksi]

Masa itu adalah amanah Allah. Masa menentukan titik kejayaan dan kegagalan seseorang. Sebagaimana anggota tangan kau akan berkuasa menjadi saksi di Mahsyar kelak, begitu juga masa. Masa adalah saksi utama kau di akhirat nanti. Apa aku bersedia untuk bercerita pada Allah tentang masa-masa yang aku habiskan?


[rehat]

Kadang-kadang bila kita terlalu berkira dengan masa, kita sampai berkira-kira juga dalam perihal ibadah. Ada orang yang merasakan solat itu merehatkan hati dan badan nya yang letih dengan dunia. Ada orang yang merasakan solat itu telah mencuri waktu rehat nya! Lalu aku, dalam golongan yang mana?

[Moga rehat kita di dunia Allah hitung sebagai ibadah. Ehsan]


[wa-ka-la]

Tawakkal adalah dari kata kunci wakala (wau-kaf-lam) dan wakala itu bermaksud wakil. Jika kau ingin meminta seseorang untuk mewakilkan kau, apa perkara pertama yang terlintas di benak kau? Ya, rasa percaya. Kau akan punya kepercayaan yang utuh pada orang yang menjadi wakil diri kau.

Lalu, jika kau meletakkan konsep wakala pada Allah Yang Maha Mengetahui, kenapa mesti tawakkal kau separuh jalan? Siap kau tanya-tanya Tuhan dengan kenapa. Kenapa mesti jadi dekat aku? Kenapa hidup aku hancur? Apa kau sudah hilang rasa percaya pada Tuhan yang menciptakan kau?

------

Jazakumullah buat semua yang berjaya mengetuk hati aku pada halaqah yang lalu, Kak Huda dan Sakinah terutamanya. Ini adalah intipati usrah yang aku sengaja coretkan buat kalian. Genap 11 hari tidak menumpahkan rasa di sini, moga kau baik-baik sahaja di sana. Harap kau tidak jemu menghadiahkan senyum untuk aku. Ya, kau yang sedang membaca ini.


2 comments:

aku-bukan-robot said...

astaghfirullahalazim.
Allahuakbar.

tersentak tiba2. sobs2!

dari khauf. saksi.rehat.wa-ka-la.

semua itu menyentap. selalu lupa.

jazakillahu khairan jaza' kak (=
semoga ini bisa jadi saham disana nanti.

nusrah said...

nadiah :
akak pun tersentak masa murabbi akak bg taujihat ttg ni. :')

sebnarnya, ttg raja' dan khauf itu ad bukunya, Minhajul Abidin karya Imam Ghazzali. nti nadiah boleh cari :)