23 December 2012

Paling

Bismillahirrahmanirrahim..

[ehsan]

Saat orang sibuk tuding-tuding jari
saat sekeliling tolak aku ke gaung lebih dalam
saat paras jiwa aku jatuh ke tempat paling bawah

waktu itu 
-- yang paling terpercaya
-- yang paling mengukuhkan
-- yang paling ampuh nalurinya
-- yang paling lama aku sandarkan rasa rebah

hanya UMMI. 



-----


"Allah Ta'ala tidak mencipta wajah aku persis Ummi dan Ayah atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak Ummi dan Ayah. Lalu tidak kira ke mana aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa Ummi dan Ayah bersama.

Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan Allah tahu kita rindu; kita perlu lihat wajah mereka." - Wajah, Langit Vanilla, Wani Ardy. 


-----

Jazakilllah untuk semua pengorbanan, jiwa dan cinta. Syurga tertinggi buatmu di akhirat nanti. 15121952, 60 tahun yang lalu Tuhan hantarkan Ummi untuk kami. Kalau orang tanya, "Kenapa perangai aku dengan emak sama?" Aku jawab, "Kami sejak azali berkongsi hati sebab beza tarikh lahir kami hanya sehari."


2 comments:

renovatenrenew said...

=')

nusrah said...

'Atiqah :

Moga kita sentiasa punya kesempatan berbakti pd kedua org tua. selamat mjalani hidup sebagai anak solehah, take care! :)