28 December 2012

Asbab

Bismillahirrahmanirrahim


[ehsan]


Malah
--kalau kau tanya kenapa
--kalau kau lontar tanda tanya

dia tetap begitu
tertunduk
terduduk
butirnya bisu.

dia tidak pernah tahu asbabnya
dia tidak pernah pinta beban bertimpa.

yang pasti
--dia tidak pernah hilang asa
--dia tidak pernah gagal mencuba

ya, cuba
itu sahaja yang dia punya.

doa,
dia layarkan hari-hari.

tawakkal,
dia kerahkan hari-hari.

Tuhan,
padaNya harapan diletak hari-hari.

Dan kau,
tiada hak menghukum hari-hari.

-----

Bertemankan kegagalan bukan bermakna kau gagal seumur hidup. Kegagalan adalah guru terbaik dalam kehidupan. Kegagalan yang buat kau bisa bertatih semula lantas pecut mendaki sampai ke puncak. Percayalah, kau bukan diciptakan untuk gagal!

-----

Aku sudah bilang, memang ramai orang-orang istimewa dalam hidup aku lahir di bulan Disember. Syafa, kakak harap kau sedang membaca ini. Sanah helwah adik yang berada jauh di negeri matahari terbit. Maaf, lewat satu hari. Moga kau seteguh nama kau, menjadi penawar buat umat yang tenat. Jazakillah untuk semua cinta, rindu, pelukan semangat dan doa. :')

-----

"buat kau
yang dekat tapi tak bersua
yang jauh tapi tak terdengar suara
yang mungkin tidak hari hari dalam minda"


Hany, moga Allah mengurniakan sesuatu yang jauh lebih baik buat adik. Ini sangat manis rasanya.

-----

Jum'ah Mubarak semuanya! Alhamdulillah, masih ada lagi hari barakah untuk kita.


6 comments:

Anonymous said...

subhanallah!
tiba2 himmah meninggi.

*nangesdalamsenyum.

jazakillahu khairan jaza' untuk tulisan membina.

As Yusra said...

;') hati terase tak terungkapkan..

hanimyusra said...

indah...

nusrah said...

aku-bukan-robot :

What can I call you ukhti? tsumma hamdanlillah, moga roh himmah yang mengalir itu terus kekal, moga dengannya kau bisa terbang lebih tinggi, insyaAllah.

take care! :)

As Yusra :

Moga sentiasa dlm jagaan Allah dik.. Take care! :)

hanimyusra :

tsumma hamdan lillah. Moga dalam kecintaan Allah selalu.. :)

aku-bukan-robot. said...

kak nusrah boleh panggil saya nadiah (=

nusrah said...

alrite nadiah, salam taaruf! its my pleasure knowing you as my sahabat :)