24 November 2012

isbirni

Bismillahirrahmanirrahim

[Ribut]

"Kau selalu ketawa kan? Aku jarang nampak kau tertekan."
"Alhamdulillah."
Aku senyumkan. Kalau kau tahu betapa lebatnya hujan dalam hati aku, betapa kencangnya ribut dalam jiwa aku, mesti kau pengsan. Ribut- ribut hati aku, ribut lagi ummi-ummi Palestina saat menatap anak kecilnya syahid dalam pelukan sendiri.

pagi tadi
aku terjatuh
luka bernanah

petang bila aku jumpa kau
mustahil aku kisahkan pada kau yang aku jatuh luka bernanah
mulut aku tak akan sebut aksara aku jatuh luka bernanah depan kau
tahu-tahu malam nanti mata aku basah sendiri bila terluah dengan Tuhan, pagi tadi aku jatuh luka bernanah.


[Hijab]

"Aku suka cara kau mengenakan hijab. Ajarkan aku."

Nur Kasih an-Nisa'. Panjang bukan? Tiga minggu yang lalu, bila hidayah Tuhan memenuhi ruang hatinya, aku benar-benar rasa ditarbiyah. Lagi-lagi bila otak aku kuat berpusing fikir mana satu frasa terbaik. Hampir 3 jam terbelit lidah terjemah Bahasa Ibunda ke Bahasa Orang Putih.

Tuhan,
ajarkan aku menyantun dirinya persis Kekasih Mu Muhammad saw,
hijabkan dosa-dosa aku, jangan kerana dosa yang terbeban di kiri aku terhijab dirinya untuk mencintai Kau.

[Cahaya]

"Aku mahu cari Cahaya Tambahan (baca : speedlite) untuk kamera ini."
"Berapa kos yang kau anggarkan, aku cari kan yang terbaik."
"RM sekian sekian, bagaimana? Ada."

----

Lepas puas cuba-cuba, tekan-tekan, belek-belek, aku senyum.
"Aku mahu yang ini."
"Ini resit, nanti kalau kau mahu apa-apa kau datang terus jumpa aku. Lihat sini, ini nama aku. Seng."
Tangan kiri tertuju di sisi kanan resit.

laju mana pun cahaya yang terbias di alam semesta
laju lagi cahaya hidayah yang menerpa
sisipkan cahaya dalam hatinya Tuhan.

[Isbirni]

Ribut. Hijab. Cahaya. Allah ajar aku erti sabar di situ. Allahu, isbirni.

[Bab Duka aku biarkan gugur  layu satu-satu. Aku ceraikan dari buku. Ehsan]




4 comments:

Izzati Hashim said...

Allah. Allah.

('=

nusrah said...

zati :

moga selalu selalu tenang dalam rahmat Allah , moga Allah mengurniakan awak sesuatu yg jauhhhhh lebih baik dr sy, moga Allah pegang hati awak utk terus kuat. ameen.

take care! :')

Syafa Mohamed said...

Akak...

Allah huakhbar.

selalu dan terlalu kerap tulisan akak menyentuh hati.

:')

i love you. Uhibukki fillah awi-awi akak terchinta.

nusrah said...

syafa :

Allah. Allah.

"entah dari bahagian mana susunan aksara aku yang menyentuh hati kau. yang tentu-tentu, hati kau sebenarnya yang dekat dengan Tuhan. aku hanya menulis aksara seperti biasa. hati kau yang luar biasa sebenarnya, bisa menukar aksara menjadi bunga."

heartttttttt you fillah too. moga Allah sentiasa menjaga syafa dengan cintaNya yang terlimpah, moga Allah memberi syafa sesuatu yang jauhhhhhh lebih baik dari akak.

ps : awi-awi? is it japanese word? ^^