18 November 2012

tampan, gagah. Aku beri kau pilih.

Bismillahirrahmanirrahim

[ehsan]


Si Tampan Uwais

Jalan nya berdikit-dikit. Dalam kepala aku kira si tampan sakit. Oh, bukan! Perkiraan aku meleset. Dia malah sihat sambil muka nya tersenyum manis. Sebelah kiri, belakang sedikit, punya seorang jejaka yang lebih berusia darinya. Tekun dengan tongkat di genggam kanan. Sekali lagi, ada drama depan mata aku.

Si tampan keluarkan wang dari dompet, syiling dan kertas tersumbat dalam ruang kotak besar merah putih. Belum sampai 5 saat, token biru jatuh berdenting. Si jejaka tekun meraba-raba jalan dengan hujung tongkat. Tampan pimpin Jejaka sampai atas, naik tangga bergerak automatik. Aku selisih sebelah kanan Tampan, Tampan senyum mengangguk sambil beri aku dan beberapa orang ruang untuk jalan dahulu.

Aku buat perkiraan lagi. Mungkin Tampan saudara atau kenalan rapat Jejaka. Sebab itu ringan tangannya pimpin Jejaka sampai naik Transit Aliran Ringan itu. Mungkin.

Hentian KL Sentral. Tampan senyum cepat-cepat walau Jejaka tidak bisa melihat betapa manis dia tersenyum ikhlas. Kini, Tampan keluar dengan beg jinjit besarnya dan Jejaka kekal duduk sendirian. Baik, aku salah perkiraan lagi! Tampan benar-benar mahu tolong Jejaka. Aku tidak henti-henti mengucap tahmid, masih ramai pria penggenggam hujan abad ini. Masih.

Kalau kau tanya aku, adakah Tampan benar-benar tampan? Jujurnya, ikut penilaian mata aku Tampan biasa-biasa orangnya. Tampan nampak tampan sebab akhlaknya sangat tampan! Moga kau laksana Uwais al-Qarni, Tampan! Biasa-biasa di bumi, tapi luar biasa di langit. Allah. Semoga!


Si Gagah Umar

Bas padat. Aku rimas. Rasa mahu keluar air tangis. Bila mengenangkan hari sudah lewat petang dan bukan sikap aku untuk tempah maut berjalan kaki seorang diri ke luar kampus, aku tabahkan juga. Depan belakang kiri kanan aku semuanya hawa. Mujur, alhamdulillah. Kalau kiri kanan aku semuanya adam, aku akan berlakon buat-buat pengsan. Okay, aku tipu.

Sampai destinasi. Ikutkan hati mahu aku lompat turun cepat-cepat. Orang belakang tolak aku. Orang depan aku tersepit kaki gara-gara berdiri depan pintu bas tanpa sempat mengalih saat pemandu bas menekan butang buka pintu. Tragis sungguh.

Turun bawah. Belum sampai sepuluh langkah, ada makhluk tarik-tarik beg sandang aku. Dan aku, sudah siap sedia dengan bunga silat. Oh, sebenarnya aku bukan tahu silat pun! Tolong Tuhan, jangan biar aku keseorangan berhadapan dengan anasir jahat.

Pusing belakang, ada Si Gagah. Tersenyum sambil tangannya terhulur sesuatu. Aku senyum sumbing takut-takut. Sebenarnya aku malu. Bagaimana kau boleh jatuh sayang? Aku pandang "Butang Aku Cinta Usrah" (baca : I Love Usrah Button Badge). Aku pandang kembali Si Gagah dan ucap terima kasih. Jalan laju-laju. Hati juga laju-laju puji Allah, ikut laju-laju langkah kaki. Tuhan, masih ramai pria penggenggam hujan abad ini. Masih.

Kalau kau tanya aku, adakah Gagah benar-benar gagah? Baik, aku bagi ukuran ikut timbangan fizikal dahulu. Fizikal Gagah yang kurang tinggi itu memang tidak menampakkan dia gagah. Gagah nampak gagah sebab akhlaknya gagah! Moga kau persis Umar Al-Faruq, Gagah! Amirul Mukminin yang siang malamnya sibuk memikirkan perihal umat. Allah. Semoga!


-----

Ummi buka siaran TV9 di bawah, walau kelopak matanya lama-lama terpejam. Tadi, ummi terbaring sekejap di sisi aku. Bila aku mahu ambilkan bantal, ummi geleng. Mahu tunggu mesin basuh berhenti berpusing katanya. Aku tahu, diam-diam ummi temankan aku menyiapkan tugasan. Dan aku yang tadi  lesu mengadap skrin biru putih saat menaip tugasan, sedang menyiapkan ayat-ayat terakhir di blog. Allah, kasihi ummi ku dengan sifat ar-Rahman Mu!

3 comments:

Qautsar said...

moga nama kakak sederet dengan calon wanita syurga.

sepertinya khadijah,asma',aisyah,dan sumayyah.

:')

nusrah said...

piqaaaaaa, kebetulan apa ni ya Allah. *kesat air mata*

Akak baru lepas belek2 dan komen blog piqa.. hukkk :')

Untuk sederet dan sepersis khadijah, asma',aisyah dan sumayyah, itu jauhhhhh lagi.

"Bumi menjadi saksi darah dan keringat mutiara mereka tumpah ke bumi, lalu aku yang berjuang lagak hidup segan mati tak mahu ini apa timbalannya?"

Take care sayanggggg. *warm hug*

Ruqaiyah Hmy said...

=)