01 October 2012

[wahid]

Bismillahirrahmanirrahim

[ehsan]


[wahid]

Bila Allah tarik sesuatu dari genggaman kau, barang kali Allah mahu tangan kau sedia ada kosong saat Dia mahu mengurniakan sesuatu yang lebih baik dari itu. Cuba kau bayang tangan kau sudah penuh dengan duri, apa kau bisa tadahkan hujan bunga dari langit? Nanti kelak, duri bertabrakan bunga entah ke mana.

[ithnain]

Aku, kalau orang lain baling aku dengan batu, sama ada aku elak atau batu itu aku susun buat pertahanan. Lagi banyak batu yang terlempar, lagi kuat pertahanan aku. Nanti kelak, mahu menyeringai sakit orang lain bila batu yang terlempar tekun sahaja terlantun sendirinya dari pertahanan aku.

[thalatha]

Kau jangan pernah takut bila ada sahaja mata-mata memanah rasa dengki dengan kau yang serba dhaif. Langit tidak akan pernah sunyi dengan rintihan orang-orang teraniaya. Lantunan doa orang yang dizalimi itu akan makbul tahu?

[arba'a]

Penyebab dengki adalah kekotoran jiwa. Ada orang yang memang jiwanya cenderung hasad dengki pada seseorang. Dengki yang timbul dari jiwa yang seperti ini menurut Imam Al-Ghazali adalah yang paling sukar untuk diubati dan disembuhkan. - Mihwar, Bil 14, 2002.  [Jazakillah Kak Ayu]

3 comments:

Yildirim Fateh said...

semua ini himpunan kata-kata tokoh ka k.nusrah?

nusrah said...

radzi :
hmm, tak lah radzi. maybe yg bawah tu ye, sebb yg tu akak petik dr wall fb murabbi akak.
yang wahid ila thalatha, Allah bg pinjam. Akak cuma susun semula je.
nape ye?

Yildirim Fateh said...

Oh, tak da apa-apa. saja bertanya.