18 October 2012

tersaksinya aku

Bismillahirrahmanirrahim..

aku malas ambil pusing
kalau orang pijak lanyak aku
yang aku ambil peduli
kalau aku yang hentak gertak orang

aku malas mahu kisah
kalau orang pandang aku macam tempang kaki sebelah
yang aku kisah
kalau aku yang pandang orang macam mayat putus darah.

aku malas kecil hati
untuk perkara sekecil itu
urusan membetulkan diri aku sendiri pun sudah cukup nanar
dosa yang semalam tak terhabis dicatat, apa mahu ditokok tambah?

aku malas
perihal ambil pusing
perihal mahu kisah
perihal kecil hati

kau tahu,
hati aku sudah cukup kecil untuk disempitkan dengan perihal remeh-temeh.
aku pandang langit luas terkuak; moga jiwa aku lebih lapang dari langit itu agar bisa memaafkan.

[Tuhan, tersaksi nya aku. Moga dengan ketersibukan aku membetulkan diri yang tempang, akan terlupus apa yang nanarMoga dengan ketersibukan aku membetulkan diri yang kurang, akan buat aku lebih di sisi Kau. Saksikanlah. Ehsan]

4 comments:

Anonymous said...

salam nusrah..

mohon agar tiap bait kata awak di blog ini saya copy dan share dengan sahabat yang lain..

boleh bukan??

nusrah said...

anon (siapa gerangan empunya diri? ):

tafaddal. dialu-alukan. moga manfaatnya lebih luasssss, insyaAllah ^^

ida zahiah said...

saya pun nak minta izin juga nusrah, bole tak?

nusrah said...

ukhti ida zahiah:
Allahu, sila-sila. dialu-alukan ukthi, moga barakahnya berpanjangan insyaAllah. take care ukhti.. :)