21 October 2012

Gugur

Bismillahirrahmanirrahim..


Orang beriman tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali kan?

Ujian yang Allah hantar untuk kau, serupa macam ujian yang kau lalu masa musim peperiksaan. Kau tak akan lepas subjek itu selagi belum lulus ujian. Jadi kau tak perlu hairan, kalau betul kau kenal diri kau, kau akan perasan yang kau lalu ujian yang sama 2 3 kali. Sebab apa? Sebab kau belum lulus cemerlang lagi dengan ujian it
u. Ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk dengan kau, tapi dengan cara halus; ujian.

Sungguh, aku bukan cakap kencang. Aku pernah diuji dengan masalah kawan 3 4 kali. Kawan A merajuk dengan aku. Kawan B tak mahu bertegur sapa dengan aku. Sebab apa? Sebab aku tak pandai mahu berlapang dada. Aku sendiri yang bagi aura hitam dekat kawan aku. Ujian yang sama asyik datang sampai satu detik masa, di mana aku sedia berlapang dada. Waktu itu, aku sudah boleh senyum lega.


Kadang-kadang kau mungkin terlupa, yang turunkan ujian itu adalah Allah. Antara kesilapan besar yang aku buat selama ini, aku bukan pulangkan semua masalah aku pada Allah. Aku acap kali tuding jari pada dunia. Ya, aku silap. Jadi, kenapa tidak sahaja kau juga memulangkan semuanya pada Dia? 


[Daun yang gugur tidak pernah membenci angin - Tere Liye. Apa kau tidak segan dengan daun yang gugur? Daun gugur tepat pada waktu tamat tempohnya berkhidmat untuk pohon. Tapi kau, belum puas lagi berjuang habisan saat tertimpa ujian, kau sudah mahu gugur? Malu. Ehsan gambar.]