06 October 2012

Sepatu

Bismillahirrahmanirrahim

Aku mahu tanya, apa yang kau rasa bila kau sudah pegang segulung ijazah di tangan?

Saat orang lain tanya apa rasa bila sudah pegang gulungan ijazah di tangan, aku kabur. Sudah macam rojak, campur-baur. Jujur aku sebak. Keluar-keluar dewan, lepas salam peluk teman ucap tahniah terus redah lautan ummat. Sampai-sampai, cium tangan ummi ayah dan waktu itu aku tak tersangka air mata aku keluar. Dasar cengeng! Ayah gelak-gelak. Ummi tunjuk gigi sengih-sengih. Along cekak pinggang, "Kau kenapa? Menangis dek kehilangan ummi ayah 10 minit?"

Dalam otak, aku pusing. Allah redha atau tidak ilmu yang tertuang dalam jiwa aku 5 tahun yang lalu? Rungut aku waktu tugasan susah. Keluh aku waktu terkena dengan pensyarah pilih bulu. Masam aku waktu menghadap projek semester lalu. Lewat aku saat sekali dua melangkah masuk ke kuliah. Lelap aku yang sekali dua datang jengah waktu kelas berlangsung. Semuanya, apa Allah redha?

[ehsan]

Kemaskan sepatu, larian baru sahaja bermula. Jika sepatunya terselit batu, bersihkan dan sambung semula pecutan. Lorongnya masih jauh. Graduasi bukan garis penamat kerana di situ hanya ada titik pemula. Moga-moga waktu kita tersenyum sengih tayang gigi atas pentas, sama manis senyumnya saat kita terima buku amal di genggaman kanan. Semoga!

Nota Hujung Kalam : Mabruk buat teman-teman alam maya yang bakal bergraduasi tahun ini; Kak Syahida antaranya. Maaf yang lain tak tersebutkan. Buat yang masih punya baki satu atau dua semester lagi, kalian tidak dapat sama-sama menyarung jubah pada tarikhnya, itu bukan satu kegagalan besar. Kalian masih tetap dalam doa aku, malah kita sering sama menadah tangan meluncur doa ke langit. Percayalah yang kau rasa jauh lagi, yang kau rasa pahit, itu yang akan buat kau senyum manis atas pentas nanti. Allahu musta'an.

3 comments:

ismisyahida. said...

Oh oh. Sebakkk jugakkk walau tak merasa lagi. Tengok orang senyum lebar masa amik jubah pun dah meruntunn jiwaa.

Oh oh. Mabrukkk jugakkk hadek alam maya yang telah pun tayang gigi atas pentas hari tu. Eh

^^

Nazihah@Jiha said...

wahh..tahniah kak, mabruk! ^^

3 tahun lg kot baru merasa hehe~

nusrah said...

kak syahida :
aiwah, mabrook aidhon!
^^

jiha :
no worries, 3 thun tu akan rasa skjap je sbnarnya.. best of luck my dear!

moga Allah mudahkan semuanya ^^