23 October 2012

kau belum kenal aku

Bismillahirrahmanirrahim...


kau belum kenal aku
kalau kau kata aku bersangatan diam
sedang suara aku terkicau di dalam
gemanya tertumpah lebih pada Tuhan.

----

takat duduk satu detik cuma
hanya nampak kilas bayang
jumpa laga-laga pipi sahaja
terserempak senyum dari jauh
kau belum kenal aku

----

terima kasih Tuhan
aku selalu
rasa syukur punya hati halus.

----

Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:

 Umar : Adakah kamu mengenal orang ini?
Sahabat : Ya.
Umar : Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
Sahabat : Tidak.
Umar : Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat : Tidak.
Umar : Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
Sahabat : Tidak. 
Umar : Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkanya pada saat yang lain?
Sahabat : Ya.
Umar : Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

-- ehsan           

-----

[ehsan]

Aku angguk setuju, bila ada orang cakap - kita kalau sudah duduk serumah, sebilik, jaulah sama-sama,  baru kita kenal hati budi seseorang. Kan?

2 comments:

siskahaidan said...

Fuhhh semput jiwa baca entri ni. Kembang kempis.

nusrah said...

nadiah :

huhu.. :')