24 September 2012

si gadis


[ehsan]


menjadi si gadis itu--
memenatkan.

menjadi si gadis itu--
merimaskan.

suatu kerja berat dan membeban
menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

keterlaluan berani, akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji.

perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas.

--si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutur

lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza
minda tak akan sama

si gadis terus meluah hampa hati
perlakuannya salah serba serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal; "Bagaimana lagi?"

lalu aku berkata
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia.

kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta
mana rasa
mana dia?

dengar sini, mahalkan air jiwa kamu
simpankanlah dan hulurkan pada dia itu


lalu aku berkata
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia.

perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah.

ayuh gadis
berhentilah kau menangis.

Nota Hujung Kalam : Buat kau yang bernama gadis, wanita, hawa. Nukilan asal 3 gadis besi.

Amaran Lemah Lembut : Aku bukan sama sekali pendukung feminisme. Bukan. Ini sisi dalam aku, juga mungkin kau gadis. Cuma dari sisi dalam yang tak terlihat.

5 comments:

fifi_din said...

so truee...rindu penulisan akak :)

nusrah said...

ainum :

^____^

fifi :

akak rindu nak dgr cerita awak.. :)

ghost said...

satu-satunya puisi yang aku baca mengikut alunan lagu. terasa macam berdiri di hadapan audiens dan tenang membaca. terbaik, susunan yang cantik.

nusrah said...

ghost writer:
yup. aku kira aksara-aksara 3 gadis besi ini tidak pernah gagal menyentuh rasa.

fifi_din said...

:)
insyaAllah oneday kak