11 September 2012

Cermin

Bismillahirrahmanirrahim

[Ehsan]

"Aku, mulut aku sahaja yang jahat. Tapi, hati aku baik sebenarnya."

Mustahil kopi pahit hitam legam yang tersimpan setempayan
bila dicurah
kelak isinya keluar air gula manis putih bersih.

Mustahil hati gelap penuh nanah amarah
bila diluah
yang terlontar di bibir kata-kata hikmah.

"Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan tersebut dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan tersebut. Ketahuilah bahawa (daging tersebut) adalah hati. Sahih: Hadis daripada Nu'man bin Basyir radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Hadis 40 Imam Nawawi, hadis no: 06."

Bila hati merasa cukup
tiada lain; segala puji bagi Allah
tsumma hamdan lillah.

"Kau mesti menulis rangka-rangka tulisan kau dengan hati kau dulu. Kau tulis semula dengan akal kau. Kunci  utama untuk menulis adalah....tulis, bukan fikir!" - Finding Forrester, How to Write.



Nota Hujung Kalam : Saat kau membaca susunan aksaranya, percaya atau tidak yang kau sedang membaca hati dia sebenarnya. Yang dia degar-degarkan lewat susunan abjad dan huruf itu hanya cerminan hatinya. Sebab itu, kadang-kadang kau akan merasa aksara-aksara itu halus menusuk jantung kau kerana dia yang menulis itu sedang membiaskan cermin hatinya, bukan menulis!

No comments: