Bilangnya kuat-kuat
"aku mahu masuk syurga!"
Tapi dilihat-lihat
solatnya terkebelakang di akhir waktu, lewat.
Pekik lolong dia dalam senyap
"aku mahu masuk syurga!"
dakwah elak-elak
"aku bukan ahli agama."
usrah tolak-tolak
"itu budak stok surau punya acara rasmi."
Jerit sampai pekak telinga sebelah
"aku mahu jadi ahli syurga."
maksiat depan mata
"oh, boleh tegur esok-esok."
"eh, biarlah. Ada orang lain tegur dia nanti."
buku sirah nabi
senggol tepi-tepi
al-Quran terperosok masuk habuk
"layan kicau-kicau dan mukabuku lagi asyik."
Kalau mati barang satu dua saat lagi
minta hidup kembali
"Sesal aku. Dulu aku hanya pandai jerit pekik lolong sahaja mahu jadi ahli syurga."
![]() |
ehsan gambar |
Nota Hujung Kalam : Takut-takut di akhirat kelak ada sesal-sesal yang tidak terluah. Yang tercampak ke neraka, sesal. Minta dihantar kembali ke dunia sehari cuma, mahu taubat sungguh-sungguh. Taubat Nasuha. Mana tahu dengan taubat sungguh-sungguh sehari cuma, dirinya layak ke syurga. Yang layak ke syurga, juga sesal. Minta dipulang ke dunia sehari cuma, mahu buat amal sungguh-sungguh. Kebajikan serba-serbi penuh. Mana tahu dengan buat amal sungguh-sungguh kebajikan serba-serbi, dirinya layak ke syurga yang lebih tinggi; teratas sekali.
2 comments:
salam akak.. nak copy :'(
wsalam warahmatullah ainum,
sila-sila. dialu-alukan
Post a Comment