03 September 2012

Pungguk Rindu Bulan

Bismillahirrahmanirrahim

Aku
kalau tiba-tiba rasa gelisah tak boleh duduk diam
hati jadi tak keruan
peluh macam sudah lencun satu badan
mata mahu berair-air tapi ditahan-tahan

--itu aku yang hatinya sudah cacat. Nanar tak cukup sifat. Sakit.

Sedang pungguk rindukan bulan
inikan lagi aku manusia cacat tak cukup sifat, mana mungkin tak kemaruk rindukan Tuhan
bulan berlopak tak sempurna dipuja-puja
sedang Tuhan
--Pencipta pungguk dan bulan, aku dan kau, Maha Sempurna
apa kau lawan fitrah tak kembali pada tempat asal cinta?

Nota Hujung Kalam : meniti ke saat-saat melaporkan diri sebagai pelajar baru. Aku yang kerdil lagi hina, mohon kau panjatkan doa; Allah mudahkan apa yang sukar, Allah sempurnakan apa yang kurang, Allah leraikan segala selirat. Moga Allah mengurniakan yang lebih baik buat kau juga teman.

Nota Hujung Kalam 2 : Maaf jika ada comot-comot, entri dikemaskini lewat ehsan Khawlah. Entah apa rupa entri bila kemas kini dari telefon tangan. Mahu sujud lama-lama, sedu-sedan puas-puas boleh? :'(

1 comment:

Ainum Lathifah said...

"aku juga rindu untuk sujud lama-lama, bercerita pada Dia, Sang Penulis cerita.." :'(