07 August 2012

Mimpi siang, oh!

Bismillahirrahmanirrahim

Bila tersangkut perihal nikah
semua jadi soleh solehah
semua perkara nampak indah
pakat-pakat ambil kopiah
aku sudah sedia nak kawin, abah!
sungguh!

"Usah sibuk mencari tulang rusuk kiri kalau syurga di bawah tapak kaki belum mampu nak jaga dengan baik" - tak ketahuan siapa pelakar asalnya.

Kadang kita macam terlajak minum air semut
terbanyak makan asam
terbuai dengan kacak dunia
terlupa, mana satu yang aula
asyik perihal nikah kiri kanan atas bawah

"Orang yang paling baik dalam kalangan kamu adalah orang yang paling baik pergaulannya dengan ahli keluarga dan aku adalah orang yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku." - Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

aku sedar, malah masih belum mamai
aku bukan berkicau untuk meleceh
aku bukan menolak secara total
dan cinta bukan perihal remeh-temeh
hatta ramai daie yang kuat di medan dakwah akhirnya rebah bila disuntik dengan imun cinta
jujur aku bilang
--perihal cinta itu juga yang buat aku terperosok dalam gaung; jahiliyah. Jauh!

"Orang beriman tak akan jatuh ke dalam  lubang yang sama dua kali"

ini, aku ajak kau sama-sama fikir
barang seminit dua, tidak lama
--dari mana asal kita?
--untuk apa kita hidup?
--ke mana kita kembali?

"aku lebih sedihkan diriku yang masih melayan emosi-emosi diri sendiri, sedang aku adalah bakal ibu. aku lebih risaukan diriku yang masih belum punya kemapanan ilmu, sedang tugasku adalah mendidik generasi. aku lebih bimbangkan keadaanku saat ini, yang masih tak berupaya menjaga dan mengurus diri sendiri, sedang nantinya yang harus aku jaga, lindungi, dan pelihara, bukan saja diriku sendiri." - bidadari semut, umairahshafie

[bila ingin meminang senja, janjikanlah padanya langit yang selalu mampu memerah keesokan harinya. bila ingin meminang hawa, janjikanlah cinta Tuhan dan syurga untukNya. Ehsan gambar]


Nota Hujung Kalam : Jazakumullah piqa dan umy. 11.29 am dan Wanita Penggengam Hujan yang membawa aku ke mimpi siang, oh!

9 comments:

anis said...

subhanallah, what a reminder :')

jazakillahu kheyr sis.

Alyaa Ali said...

Assalamualaikum akak

*chocked
hukkk...
akak, ajarkan saya untuk kuat :')

dan peringatan mereka-mereka itu lebih lagi buat rasa nak hantuk kepala
phew~

nusrah said...

anis:
tsumma hamdan lillah, waiyyaki anis. selamat memburu ruh alqadar..

alyaa:
wasalam warahmatullah cik alyaa sayang.

huhu, jangan tecekik skrg nti sape nak tolong bg cpr.. >.<

kita sama2 kuat ye alya.. :')

hany tarmidi said...

such a good reminder ukhti Nusrah! :) hany tahu blog ni pun dari kawan. hany ada share puisi Kecil yang Besar tu dekat FB. hany dapat respond dari kawan kawan, they love it so much. harap satu hari nanti boleh sampaikan masterpis macam orang tu jugak. cantik dan penuh makna. :) harap perkenalan ni boleh dilanjutkan lagi ya? insyaAllah. :)

p/s : hany suka sangat instrumental kat blog ni. memang feeling sambil baca. :)

nusrah said...

hany tarmidi;
Allah.. apsal manis sgt hany ni?? u too can make it. resepinya, tulis dari hati. pegang hati dan tulis. it will flow from ur deep heart.

"Hati kau yang luar biasa sebenarnya.Aku hanya menyusun aksara seperti biasa, tapi hati kau bisa mentafsir aksara menjadi bunga.Tentu sekali hati kau dekatnya dengan Allah, subhanaAllah"

sure2. me too, hope i can know you more. With my pleasure hany! maybe face to face after this. ;)

ps: oh. ini lagu my memory winter sonata, instrumental version. tak minat korea, but honestly lagu2 korea yg instrumental punya ad ummmphh. XD

Alyaa Ali said...

Kalau tercekik tepuk belakang sendiri ;)

mengambil kata-kata di atas
Pernah juga kak umairah katakan,
Menulis itu dari hati
Cuma yang beda,pegang hati itu
Oh
Akan saya belah dada, pegang hati,lalu menulis.
Hehe. Ok hyperbola

Jzkk akak! :')
Semoga bisa ketemu juga

hany tarmidi said...

Cik Nusrah, :) instead of dekat sini, mana lagi boleh ketemu ni? facebook maybe? :)

nusrah said...

cik hany, sure in facebook. :)
hany boleh bg link fb hany kat sini? nti sy tambah jadi kawan di fb ^^

hany tarmidi said...

okay kak Nusrah! haha. :)

http://www.facebook.com/hanytarmidi