10 August 2012

Apa Mungkin

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah hampir titik akhir
apa mungkin kita yang Allah pilih dalam konsistensi tarawikh
sedang kiri kanan kita berduyun mereka yang asyik perihal dunia.

Pada yang konsistensi tarawikh
apa mungkin kita yang Allah pilih khusyuk dalam solat
sedang yang lain keluh-kesah; bila mahu habis lapan rakaat.

Pada yang tidak pernah culas qiamullail
apa mungkin kita yang Allah pilih tidak terhijab doanya
sedang masih ramai yang enak memeluk mimpi.

Pada yang asyik tangannya terhulur infaq sedekah
apa mungkin huluran tangan kita yang Allah pilih barakahnya
sedang bertindan-tindan lagi manusia beri infaq kerana jual nama.

kibarkan panji maghfirah terus ke langit tujuh
panjatkan doa; moga kita hamba yang Allah pilih
kerana yang terpilih itu nyata sedikit nombornya; tak terlihat mata kasar.

[ehsan gambar]


"Ramadan merupakan ujian yang amat ketat, sampai-sampai di setiap saat-di setiap detik yang dilalui-terdapat penilaian dari Allah bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan tersebut. Anda akan melihat berapa jumlah penilaian anda pada Ramadhan tahun ini. Allah 'menyaring' barisan mukminin yang bertahan di bulan Ramadhan. Berhati-hatilah anda, jangan sampai termasuk 'orang yang tertolak'! Berhati-hatilah anda, jangan sampai termasuk ke dalam kotoran-kotoran yang terbuang!" madrasah ramadhan, dr. raghib as-sirjani; hlmn. 26 (Jazakillah Umy!)



3 comments:

anis said...

Allahu akbar T.T

Mutiara Bernilai said...

T_________T


nusrah, tolong. tolong doakan mutiara sekali ya!


walau kotor, tetap tak mahu menjadi kotoran yang tertapis keluar.

nusrah said...

anis, kak mutiara:
kita sama2 mendoakan ye. moga kita antara yg dipilih. Kalau tak dipilih atas konsistensi qiamullail, mungkin kita dipilih pada golongan rayyan; yang puasanya diangkat dan Allah terima.