03 August 2012

Ketakterkhusyukan

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku selalu amat punya rasa ini lepas tunduk beri salam ke kiri dan kanan. Aku akan keluh panjang, tanda aku kesal dengan sikap aku.  "Allah..kenapa lah aku tidak solat betul-betul tadi?"

Dan kadang-kadang bila tersentak di sujud rakaat pertama aku selalu terluah, "Allah, aku tidak mampu khusyuk sekarang. Kau bantu aku untuk khusyuk. Kau datangkan rasa khusyuk itu untuk aku."



"Allah itu Maha Besar, Maha Agung. Allah tidak perlu pun ibadah kita. Allah tidak perlu pun kita khusyuk dalam solat. Allah tidak pernah menunggu kita punya amal kebajikan. Kerajaan Arasy Allah tidak akan bertambah besar pun dengan zikir, tasbih, sujud dan rukuk kau. Kita sebenarnya yang perlukan Allah. Kita sebenarnya yang perlukan Allah." - Sheikh Omar al-Banna

"Haru bukan, kita selalu amat tidak bisa khusyuk dalam solat kita. Ingat sahaja, lagi banyak kita fokus dengan Allah di luar waktu solat, lagi mudah untuk kita khusyuk dan fokus dalam solat kita. Cuba kau isikan minda dan hati kau dengan segalanya tentang Allah sepanjang hari. Bercakap denganNya, panjatkan doa padaNya selalu. Ini akan membina hubungan baik kau dengan Allah. Dan, kau akan merasa solat itu seperti kau pulang berjumpa dengan kawan lama." - Ukhti Yasmin Mogahed.


Nota Hujung Kalam : Kata Sheikh Omar al-Banna, mahu benar-benar merasa hebatnya solat hanya ada 3 resepi; Kenal siapa Allah, adakah kita cintakan Allah dan adakah kita bersyukur dengan Allah. Tonton sendiri video itu, kau akan rasa apa yang aku rasa. Sungguh, mesti kau akan terkesan dengan pembawakan Abdullah bin 'Amr (Anak kepada 'Amr bin 'As) yang mana Abdullah hinggakan terlupa isterinya pada malam pengantin kerana hati dia sudah mabuk dengan cinta Allah. Terbalik dengan kita yang kadang-kadang lupa Allah kerana mabuk dengan cinta dunia. Allah...

4 comments:

Nazihah@Jiha said...

speechless.

jazakillah khairan kak :')

nusrah said...

jiha - waiyyaki.

moga kita sama-sama tergolong dalam golongan yg beruntung.. :') [23 : 1-2]

Mutiara Bernilai said...

nusrah.
syukran jiddan dik.

terkesan,


amat.

nusrah said...

kak mutiara,

kan kak..
sy pun terkesan dgn kata2 syeikh omar al-banna tu.

waiyyaki kak.