29 August 2012

Belasungkawa

Bismillahirrahmanirrahim

"Kullu nafsin zaiqatul maut"

Usai Izrail datang menjemput, terus sahaja kedengaran muazzin melaungkan Kalam Akbar. Nenda pergi bertemu Cinta Agung ketika hampir waktu zohor semalam. Air mata sudah kami sekeluarga tahan dalam-dalam, jangan tumpah bertabrakan. Mahu simpan, biar ia mengalir keharuan saat kami gembira setentang dua mata di syurga. Pada siapa-siapa yang membaca ini, aku mohon doa kalian; moga roh nenda Allah rahmati dan aman bersama-sama mereka yang terpilih.

-- Belasungkawa Pemergian Nenda, 280812, 9 Syawal 1433H.

2 comments:

Umairah. said...

salam takziah buat tiya.

moga rohnya dicucuri rahmatNYa.
amin3 ya Rabb.

Nazihah@Jiha said...

takziah.al fatiha

semoga nenda kak tiya ditempatkan dlm kalangan hambaNya yg dirahmati Allah. aamiin.