09 July 2012

"Tidak apa."

Bismillahirrahmanirrahim



Semalam
"Tidak apa. Along pergi naik bas sampai Klang." - Along
"Lepas itu, mahu ke pejabat di UiTM Along ambil teksi? Leceh bukan, mahu tukar dua tiga kali kenderaan awam. Lepas bas, komuter. Lepas komuter, bas lagi. Adik naik bas pula pun boleh kan?" - Kakak
"Tidak apa. Kali ini Adik yang balik kolej naik bas sampai Klang. Kereta, Along boleh guna sampai UiTM. Adik mahu juga merasa susah naik bas." - Adik

Entah Berapa Belas Tahun Yang Dahulu
"Mana aci. Adik makan banyak." - Kakak
"Awak kan sudah lama hidup. Sudah banyak kali makan nuget ayam ini. Mengalah sedikit dengan Adik." - Emak

Kalau dahulu, emak minta kami yang besar supaya mengalah. Baru itu kami mengalah. Tapi sekarang, tanpa dipinta-pinta, tanpa perlu depan emak dan ayah. Masing-masing pandai mahu mengalah. Allah, besar jasa emak dan ayah besarkan kami. Semoga, nanti-nanti kami boleh wariskan sifat suka mengalah dan memudahkan urusan orang  ini kepada umat Muhammad saw yang lain. Semoga.

Nota Hujung Kalam : Mengalah bukan erti kau kalah. Mengalah itu tanda kau memuliakan insan sekeliling kau. Mengalah itu tanda kau mampu pupuk rasa berlapang dada dalam kadar masa yang singkat. Sungguh bukan mudah!

Nota Hujung Kalam 2 : Entri yang seberapa laju sebelum ke sekolah. Mahu mengajar anak-anak soleh petang ini. Oh, kirimkan nama saya dalam doa kalian. Jantung berdetak laju macam mahu keluar dari dalam.

5 comments:

nini said...

yes...mengalah bukan bererti kita kalah tapi memberi peluang bagi pihak lagi satu memikirkan kebenarannya.=D

Nazihah@Jiha said...

yap! setuju kak :)

moga Allah kasih.Bestnya dia mengajar anak-anak soleh ^^

muhsin.aminudin said...

i love the memories of brothers and sisters when we're still a toddler.

Izzati Hashim said...

Mengalah bukan tanda aku kalah.
Tapi mungkin dengan mengalah itu ada sinar yang lebih bercahaya. ('=






p/s : Nek, esok last oral. Then, merdeka! hehehe.

p/s lagi : Saya dah gtau ke yg saya bakal bermusafir 15/7 nih? Lupa.

nusrah said...

nani : couldn't agree more. jazakillah for being here :D

jiha : moga sihat dan dalam kecintaan Allah selalu.. ^^

muhsin : yes! missss all of my childhood memories.

zati : yeke mek. suka la tu! eh, xde pula awk bgtau. xpe, nti kita chat ym kay. Moga Allah mudahkan ^^