05 July 2012

Kekuatan Yang Dua

Bismillahirrahmanirrahim

[ehsan gambar]

Bila perbuatan dan percakapan kita laju melangkaui kemampuan akal berfikir, sering sahaja kita terlanjur khilaf tanpa kita sedar. Waktu itu, baru kita mahu garu-garu kepala. Tidak sengaja. Menyesal.

"Kenapa mesti aku cakap begitu?"
"Kenapa aku buat macam itu tadi?"
"Kenapa aku tidak fikir dahulu sebelum aku cakap?"
"Kenapa aku buat tanpa aku fikir dahulu?"

Bila kita Allah uji dengan perbuatan atau percakapan lebih laju dari kemampuan akal berfikir, kita sering sahaja tewas. Sukar punya kekuatan yang dua.

"Kekuatan meminta maaf - ketika kita bersalah."
"Kekuatan memberi maaf - ketika orang lain punya salah dengan kita."

Semoga, saat kita diuji dengan kita bersalah atau orang lain punya salah dengan kita, saat itu Allah pinjamkan kekuatan yang dua pada kita. Semoga, jiwa kita lapang; selapang-lapangnya untuk menghulurkan maaf. Semoga, jiwa kita kuat; sekuat-kuatnya untuk meminta maaf. Jangan pernah lupa untuk mohon doa pada Allah. Kita tidak pernah tahu bila kita akan diuji.

"Tuhan tidak pernah bermain dengan dadu, termasuk dengan siapa kita bertemu." - yosayaulia.tumblr

Sungguh dengan siapa pun kita ditemukan, Allah sedang mengajar kita untuk mengumpul kekuatan yang dua.   Memaafkan dan meminta maaf.

Nota Hujung Kalam : Lagu latar belakang yang macam kanak-kanak riang. Sengaja aku tukar. Sengih. Kalau tidak mahu dengar, mudah sahaja. Tutup butang main di sebelah kiri anda. ;)


3 comments:

muhsin.aminudin said...

betul . setuju

Syafa Mohamed said...

oh tolonglah..lagu ini sangat comel akak^^

nusrah said...

muhsin,
:)
moga sentiasa diberi kelapangan hati utk memaafkan.

syafa,
hik hik. ni lagu ost mojacko indonesia version. comel kannn.. XD