11 July 2012

Saya Muallimah Anak-anak Syurga

Bismillahirrahmanirrahim

[Anak-anak Syurga]


6 Umar
"Awak boleh bercakap dan bermain. Saya alu-alukan, tapi saya tidak akan bercakap dengan awak selagi awak bercakap dan bermain."

Senyum kejam. Anak-anak soleh ini perlu diasuh cara berakhlak dengan muallimah. Cara yang luar biasa. Tidak perlu jerit dan ketuk meja segala. Cukup dengan psikologi berbalik. Masing-masing menunduk. Kitab dibuka dan diri menghulurkan salam taaruf. Alhamdulillah, Allah mudahkan. 


6 Abu Bakar
"Awak cakap bodoh bukan tadi. Saya dengar." 
"Dia tidak adil ustazah, dia ambil jawapan saya."
"Ini kuiz kan namanya. Siapa angkat tangan cepat, dia dapat. Pejam mata, istighfar 10 kali. Jujur dengan Allah, bukan dengan saya. Yang Maha Mendengar itu Allah, bukan saya."


Muallimah senior kata aku bakal dibuli oleh anak-anak syurga ini. Tunggu dan lihat. Siapa buli siapa. Senyum kejam lagi. Apa guna baca buku psikologi berlapis-lapis kalau tidak dapat diaplikasi. Mungkin kalau setakat istighfar nampak ringan dendanya. Anak-anak syurga kalau hati sudah lembut dengan zikrullah, kita bilang apa sahaja mesti dia mahu dengar. Selebihnya, kita hanya perlu tawakkal pada Allah yang Maha Memegang Hati manusia.

4 Abu Bakar
"Cepat tulis. Kalau awak siap cepat, nanti ustazah cerita pasal Al-Fateh. Mahu?"

Diam. Tidak berkutik. Tangan sudah melekat dekat buku tulis. Oh, rupanya mereka suka mendengar kisah teladan! Tulis cepat sayang, esok Ustazah cerita pasal Uwais al-Qarni pula ya! 

4 Umar
"Awak tidak suka ustazah mengajar awak ya?"
"Suka!!"
"Tapi kenapa awak tidak mahu pandang ustazah. Awak sibuk mahu bercakap dengan kawan awak."
"Ssshhhhhh!! Aku hendak dengar suara ustazah sahaja. Imran, diam."

Hati mereka lembut sebenarnya. Sentiasa peka dengan keadaan muallimah. Muallimah senior bilang anak-anak syurga ini tidak suka mendengar kata. Selalu bising. Sibuk mahu bercakap dengan kawan-kawannya. Percaya sahaja, mereka masih bisa dilentur dengan bersantun kalau kena gayanya. 


Nota Hujung Kalam : Setiap kali, mereka mahu mula buat perangai mesti aku jerit kuat-kuat dalam hati, "Saya Muallimah Anak-anak Syurga!". Andai sahaja suara hati bisa didengari, mesti menggelepar ketakutan mereka. Sengih. Aku kadang-kadang cemburu dengan mereka yang bernama muallimah. Betapa pahala yang mengalir, terlalu banyak. Aduhai, anak-anak syurga! Mesti ustazah rindu kalian nanti.


3 comments:

Ainum Lathifah said...

salam akak :)

hehe..rasa nak jd anak murid akak la.

ni budak umur berapa kak? saya ada pngalaman ajar BUDAK TASKA mewarna. baru mewarna..... punya la susah. tp y best sbb kita tau dia tau mewarna sbb kita. :)

alahai. menggamit rindu la kat budak2 ni..huhu

nanti nak aplikasi apa y akak buat :)

ismisyahida. said...

assalamualaikum wbt.

wah, jadi muallimah dekat mana ni?

nusrah said...

ainum : wsalam adik manis..ni budak dah besar sikit ainum, 10,11,12 tahun. tu yg mgkin mudah sikit nak dilentur. Kalau darjah 1-3 akak pengsan dulu kot. haha XD

kak syida : wsalam warahmatullah. ni muallimah ganti je, muallimah yg asal prg kursus 4 hari. hehe :D