03 July 2012

"Akan Tersanjungkah Kau?"

Bismillahirrahmanirrahim


Kita ini selalu sahaja beruntung
kita punya dosa menggunung
tapi Allah lindung, kabur dari deria lihat manusia.

Andai sahaja Allah buka hijab
mesti terus cair muka kita
dengan aib-aib yang langsung tidak terhisab
terlalu banyak!



[Tinggi mana pun kau, destinasi kita tetap sama di penghujungnya nanti. Ehsan gambar]

Nota Hujung Kalam : Tersanjungkah kau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tidak punya apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahawa engkau adalah seorang yang soleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas kau meyakini tanpa rasa ngeri.


Abu Bakar r.a selalu gementar saat dipuji orang, "Ya Allah, jadikan diriku lebih baik dari sangkaan mereka. Janganlah engkau hukum aku kerana ucapan mereka dan ampunilah aku lantaran ketidaktahuan mereka. " - KH Rahmat Abdullah.

Nota Hujung Kalam 2 : Paksa diri kau untuk bersikap rendah hati, hingga ia menjadi kebiasaan dalam diri kau. Kemudian kau akan lihat sikap rendah hati itu adalah kebiasaan kau tanpa kau sendiri sedar. - Syeikh Hamza Yusuf.

Nota Hujung Kalam 3 : Duduk bersama orang-orang yang lebih miskin dan kurang mampu daripada kau, akan buang semua ego dan sikap meninggi diri yang wujud dalam hati kau - Ibn Qayyim.