23 July 2012

Jeda

Bismillahirrahmanirrahim..

orang lain asyik dengan Ramadan
penuh status naik dekat Mukabuku
"Ramadan Kareem!"
"Tidak sabar mahu tarawikh!"
"Moga ini madrasah ramadhan yang terbaik."
aku seorang yang buntu
habis hilang asa aku
puas ditunggu
hati yang sama macam Ramadan dahulu

*jeda*

-Jika kau tak mampu menangis kerana dosa yang kau lakukan, maka menangislah kerana kau tidak mampu menangis- #sidratulmuntahatumblr

kira dan kira
Oh, sudah masuk hari ketiga!
aku memang kalah perihal pura-pura
senyum tapi dalam kusut
gerangan apa rasa
bila hati sudah macam kena gilis lori kontena
bersepai isi entah mana pergi
gerun aku di tepi
Tuhan, apa ini mimpi?

*jeda*

-Kemana pun kau ajak hati kau pergi, aku percaya, pada akhirnya ia akan selalu ingin pulang; ke hati yang baik- #karizuniquetumblr

[ehsan gambar]


"Buzz, soalan luar alam."
"Kau tanya je lah Kimi, tak yah kias-kias bagai."
"Kalau kau punya hidup masa hari-hari biasa serupa macam yang kau buat masa bulan puasa ni, kau agak-agak bila kau boleh sambut raya?"
"Masa malaikat izrail jemput aku?"
"Yup!"


Nota Hujung Kalam : Aku mohon hati baru Tuhan. Moga belum telat. Risaunya aku, orang lain keluar madrasah dengan ijazah, aku keluar dengan resah.

1 comment:

Mutiara Bernilai said...

aku juga,
mohon dengan sgt akan hati yang baru..

tamak bukan?